TENGKORAK MU
By Marzuki
“Kau dah gila.”
“Hah?” Terbeliak mata Fakrul. Jacky bukan tuannya. Sekadar rakan setugas. Jadi, Jacky tiada hak untuk menentukan hidup Fakrul.
“Kenapa tak boleh lak?”
“Wei…engkau tu partner aku.” Kasar bunyi suara Jacky. Macam bunyi seladang tengah naik minyak. “Kalau engkau berhenti aku nak berpartner dengan sapa?”
“Ek elleeeh…itu aje sebabnya…?” Berderai ketawa keluar dari mulut Fakrul.
“Ishhh…dia ni...kau ingat aku buat lawak…Wei…aku belum pernah dapat partner sebagus engkau, kau tau tak?…”
“Ha.ha.ha…tak sangka aku…rupa-rupanya ada jugak orang sayang kat aku lagik….jiwang la kau nih…”
Jacky mengetap bibir. Geram. Kalau diikutkan hati, nak aje dia lebamkan mata Fakrul dengan kungfu kuntaunya. Tetapi dibatalkan aje niatnya itu. Segera terlintas difikiran Jacky yang Fakrul ada black belt kaler biru ilmu persilatan. Silap haribulan, matanya sendiri yang akan hitam lebam, mengalahkan mata beruang panda atau koala.
“Engkau dah tekad ke…?” Tanya Jacky inginkan kepastian dari rakannya.
“Iye…”
“Bila engkau nak bagitahu ketua kita…?” tanya Jacky lagi. Kali ini dia ingin benar-benar pastikan yang rakannya itu akan buat apa yang telah diperkatakan.
“Hmmm…tengoklah nanti. Mungkin lepas tamat operasi terbaru ni kot..” Jawab Fakrul perlahan. Terus direnung wajah muram sahabatnya itu.
“Aku pun tak pernah dapat partner sebagus kau, Jack…”
***
II
Suwey. Tak boleh jadi. Mampus kali nih. Polis sedang mengejar di belakang. Nun di depan ada pulak malaun yang dok tersengkang tengah jalan menghadang laluannya. Lelaki Cina agaknya. Tapi sekali pandang sebijik macam lelaki Siam. Orangnya kecik aje. Tapi kecil kecil cili api. Tak sedar bila masa pistol ditangan Johan diterajangnya jauh tercampak entah kemana. Terpaksalah Johan mempertahankan diri dengan tangan kosong. Step silat yang dibukanya juga entah apa-apa. Sumbang.
Johan sempat menjeling lengan kanan lelaki Cina itu. Ada tatu ‘Dragonfly’ lah. Ahli Dragonfly??? Biar betul. Kalau betul lelaki Cina itu ahli Dragonfly, kenapa pulak dia yang kena serang? Bukankah Dragonfly dan Tengkorak bersekutu. Takkanlah lelaki Cina itu tak tahu yang Johan ini pewaris pada persatuan bawah tanah Unit Tengkorak? Ah, payah.
Terus Johan selak lengan bajunya. Niat dihatinya hendak menunjukkan tatu tengkorak siap dengan tulang bersilang dibelakangnya. Kalau tatu tengkorak sahaja maknanya ahli biasa. Tapi kalau tatu tengkorak siap dengan tulang bersilang dibelakangnya bermaksud orang tersebut ialah orang penting atau pemimpin. Dia nak biar lelaki cina itu sedar dengan siapa dia berhadapan. Biar dia menyembah mintak ampun macam dia sembah patung buddha. Johan nak lelaki itu tolong dia melarikan diri dari polis, bukan menghalang laluannya.
Tetapi belum sempat pun dia selak lengan bajunya, dia telah direbahkan ke bumi oleh lelaki cina itu. Mukanya ditonyoh-tonyoh ke atas jalan.
-Sial…habis muka hensem aku-, gerutu Johan dalam hatinya. Terjerit-jerit Johan bila tangannya dikunci dibelakang. Sakitnya bukan kepalang. Selalunya dia tengok dekat dalam tv bila The Rock dengan Triple H berlawan. Baru kini dia tahu bagaimana rasanya. Sakitnya macam nak tercabut lengan dari soketnya. Tapi mulutnya terdiam selepas itu, iaitu bila dia merasakan seperti muncung besi yang sejuk diacukan dibelakang kepalanya.
Sedar tak sedar dia terdengar satu tembakan senyap. Terbang kejap semangat Johan. Mati-mati dia ingat nyawanya sudah melayang. Bedebuk. Macam nangka busuk lelaki cina itu tergolek diatasnya. Semput la wei….badan aje kecik tapi berat macam bapak badak…Mesti banyak dosa. Johan segera bangkit. Lega. Dia tengok lelaki cina itu dah tergolek dog. Darah merah pekat mengalir dari dadanya.
Segera Johan memandang-mandang disekelilingnya. Dia mencari-cari siapakah yang telah menyelamatkan dia tadi. Wahhh…hensem. Lelaki itu tinggi tegap. Rambut panjang berikat kemas. Siap dengan jambang dan misai pengganas. Brutal. Ditangan kanannya terdapat sepucuk revolver dengan ‘silencer’ dihujungnya. Ahli organisasi mana agaknya? Bisik hatinya. Terus dipandang lengan lelaki tersebut. Ehh…takde tatu?
“Oii, lembab! Tunggu apa lagik? Cabutlah cepat…atau kau nak kena tangkap polis?” Johan ditengking lelaki itu. Tersentak Johan. Dia terus berlari. Dalam dia berlari hatinya tak henti-henti bersungut. -Kurang ajar, dia panggil aku lembab…nanti kau...aku tonjol-tonjol kepala kau kejap lagik-. Johan terus bukak step. Lari pecut macam kena kejar anjing gila. Tapi memang dia kena kejar anjing pun. Bunyi tapak kaki polis dan salakan anjing mengekori mereka dekat dibelakang. Lelaki yang menyelamatkan dia tadi sudah berada jauh didepan. Maklumlah, kakinya lagi panjang dari kaki Johan. Satu langkah dia sama dengan dua langkah Johan. Mayat Jacky yang berlumuran darah ditinggalkan. Mereka berlari dilorong belakang bangunan kedai sebelum membelok ke kiri di mana sebuah motor Yamaha YZF 600 Thundercat berwarna silver metallic sedang menunggu dihujung lorong tersebut.
Lelaki berjambang macho itu terus melompat ke atas motor. Kunci sudah tersedia ditempat ignition. Ditekan butang ‘start’ dan enjin motor terus menderum garang. Beberapa saat kemudian barulah Johan tiba. Tercungap-cungap. Terus Johan naik dibelakang.
“Hadoiii…lembabnya…aku ingat nak tinggalkan aje kau tadik…apa kau ingat ini lumba jalan kaki?”
Arghhh….sabar ajelah aku. Perlahan Johan urut dadanya, sambil mulutnya tercungap-cungap menyedut udara macam ikan kelemasan.
Vrooooommmm….! Motor meluncur laju hilang dari pandangan. Susup sasap dicelah-celah lorong sempit itu. Anggota polis yang baru tiba terkulat-kulat menelan asap. Lelaki itu terus pulas pedal minyak. Motor itu meluncur deras meninggalkan perangkap polis. Kagum Johan dengan lelaki itu. Dia bijak mengendalikan motor dicelah-celah lorong sempit itu. Malahan dia cekap dengan jalan-jalan disitu. Johan sendiri tidak tahu akan kewujudan lorong-lorong tersebut.
Sharp-shooter, sprinter, superb rider dan terror bab-bab jalan sulit, apa lagi agaknya yang dia ada. Johan kagum. Tapi dia masih belum boleh bernafas lega lagi. Selagi dia tidak sampai ke markas, selagi itu keselamatannya belum terjamin. Tetapi, dia sempat bertanyakan lelaki itu soalan.
“Brader…lu kumpulan mana?” tanyanya dengan nada menjerit. Maklumlah, nak kalahkan bunyi deruman enjin motorsikal besar itu.
“Bebas.”
“Reti guna komputer tak…?”
Lelaki berjambang itu terus menoleh kebelakang dengan renungan tajam. Seperti tersinggung.
“Wei…aku ada Masters dalam bidang sains komputer kawan…” Balas lelaki itu dalam nada memekik juga.
Johan tersenyum kambing sorang-sorang. Dia tak teringat langsung tentang kegagalan operasinya kali ini. Dia langsung terlupa akan panik dirinya bila dikejar polis dan nyaris ditembak lelaki cina tadi. Heroin yang bernilai RM 5 juta itu juga akan berakhir dibilik bukti balai polis nanti. Dan yang paling teruk, orang-orang bawahannya yang entah apa nasib mereka. Entah selamat entah tidak, entah mati entah hidup. Yang terbayang dikepalanya ialah wajah kacak Yusof, orang kepercayaan datuknya. Yusof mengepalai Unit Tengkorak B2. Johan tahu Yusof memang cekap orangnya. Tapi kali ini, Yusof akan bertemu buku dan ruas. Yusof akan bertemu tandingannya.
“Wei, kita kawan sekarang… Apa nama engkau kawan?” Tanya Johan pada lelaki yang telah menyelamatkan dia itu.
“Jebat…”
Hmmm…nama klasik…Sama hebat dengan lagendanya, fikirnya dalam kepala. Tiba-tiba wajah bengis datuknya terpacul dalam kepala otaknya. Johan berdebar-debar dalam hati. Apalah yang hendak dijawab bila datuknya tanya nanti. Mampus kena bebel lagi. Tapi inilah dia musibah kalau mencari rezeki cara haram. Banyak cabarannya.
*************
Yusof mengamati satu demi satu butiran agenda perbincangan mereka kali ini. Unit Tengkorak untuk kesekian kalinya bermesyuarat lagi. Belum apa-apa sudah ramai yang tak berpuas hati. Tambahan lagi bila mengenangkan kerugian yang kumpulan itu alami semalam. Heroin bernilai RM 5 juta hilang dalam sekelip mata. Harus semuanya kena potong gaji. Semuanya mahu menuding dan menyalahkan Johan, tapi sebab Johan cucu big boss, semua tak berani. Masing-masing memberi pendapat sendiri, dan masing-masing menunjuk keras kepala. Itu baru jadi ketua unit dan ahli Unit Tengkorak –badan pentadbir Tengkorak— tapi sudah berlagak. Agaknya kalau diberi peluang jadi Presiden Tengkorak, entah bagaimanalah tanjaknya.
Bragas, Presiden Tengkorak, akan mula membincangkan masalah kumpulan mereka satu persatu. Bila dia mula bersuara, bilik mesyuarat serta merta menjadi senyap. Sunyi.
Bragas berdiri didepan ahli-ahli jawatankuasa yang datang. Semuanya ketua-ketua unit yang telah diberikan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Bukk!!...Bragas melepaskan satu tumbukan keras diatas permukaan meja. Tergolek gelas minuman yang terdapat diatas meja. Karipap yang terletak diatas piring tercampak ke lantai.
“Macamana boleh gagal nih?” Bragas bersuara garang sambil keningnya terjungkit-jungkit macam Ziana Zain.
“Kan semua sudah dirancang…Unit Tengkorak A1 (Bahagian Edar Mengedar) sudah jalankan tugas dengan baik……”Ayatnya tergantung disitu. Dia masih mahu membela unit yang dipimpin oleh cucunya. Dia tak mahu nanti maruahnya tercalar gara-gara kegagalan cucunya dalam operasi. Kesalahan ini harus dipikul oleh orang lain, fikirnya. “ Apa jadi dengan unit-unit lain? Kenapa tak mainkan peranan? Kenapa cuai? Macamana urusniaga yang dirancang rapi dan rahsia kita boleh terlepas ke tangan polis…?” Soalnya bertubi-tubi. Ahli-ahli unit cuma tertunduk membisu.
“Menurut laporan Unit Tengkorak C3 (Bahagian Human Resource), hanya Khalid yang tertangkap dalam operasi semalam. Tapi tak perlu bimbang. Khalid antara anggota terbaik kita. Aku yakin dengan kesetiaan dia. Sampai mati dia takkan bocorkan rahsia organisasi kita….” Suara Bragas mula mendatar. Dah sejuk sikit agaknya.
Sepi. Bragas memandang wajah setiap orang kanannya. Pandangannya berhenti diwajah Yusof. Tapi Yusof membalas pandangan Bragas itu. Hairan. Walhal orang-orang kanannya yang lain tidak berani bertentang mata dengan Presiden Tengkorak itu. Bukan kerana matanya yang menakutkan. Tapi sudah hakikat mata Bragas juling. Kalau dipandang mesti hendak tergelak. Malahan dulu ada seorang orang kanan Bragas mati ditembak dimeja mesyuarat itu. Dia ditembak oleh Bragas sendiri. Semuanya kerana dia tergelak bila bertentang mata dengan Bragas. Bragas bengang. Tapi Bragas pelik dengan sikap Yusof. Dia tidak tergelak. Cuma memandang lesu. Yusof sahaja yang berani mengangkat muka. Memang itu perangainya. Berani dia tak bertempat.
Johan yang duduk disebelah Bragas mula berani mengangkat muka. Dia tak perlu takut lagi. Disangkanya tadi dia akan dimarahi. Tapi tak ada pulak. Malahan datuknya iaitu presiden Organisasi Tengkorak telah sedaya upaya menyorokkan kesilapannya. Maklumlah, presiden Tengkorak iaitu Bragas ialah datuknya. “Kau dengan bapak kau sama aje tak boleh diharap…” Bisik Bragas perlahan sambil menyiku lengan Johan yang duduk disebelahnya. Johan tersipu-sipu malu. Ahhh...kalau ditanya karang senang aje, dia akan letakkan semua kesalahan dibahu orang lain. Siapa yang berani membantah?? Mungkin Yusof. Dia memang kurang ajar. Entahlah apa yang istimewa sangat Yusof pada kumpulan itu. Sehingga datuknya enggan lepaskan Yusof pergi. Mungkin dia bijak, tapi ramai lagi orang yang bijak diluar sana. Ramai lagi pakar lain yang boleh diambil bekerja.
“Mail…!!” tempik Bragas.
“Ada apa tuan…” Jawab Mail cuba menyorokkan perasaan cemasnya. Tapi gagal. Jelas suaranya menggigil. Mail ialah ketua Unit Tengkorak D4 (Bahagian Rasuah Merasuah) terketar-ketar berdiri.
“Ko buat apa semua suruhan aku, perancangan kita?”
“Buat boss, orang-orang saya dah ‘beli’ 4-5 orang anggota polis boss…tabik bossss….”
Buakk!!! Sekali lagi penumbuk Bragas hinggap dimeja. Tumpah lagi air kopi dalam cawan. Melayang lagi karipap ke atas lantai. Kali ini seketul karipap terjatuh dihujung kaki Johan. Johan hanya memerhati karipap dihujung kasutnya. Serta merta perutnya terasa lapar. Baru dia teringat yang dia masih lagi belum bersarapan pagi itu. Semuanya gara-gara mesyuarat tergempar ini. Terus dikutipnya dan disuap masuk ke dalam mulut.
“Vodoss…orang-orang yang kau suap tu semua ‘ikan bilis’...tau tak?? Aku nak kau suap yang ‘jerung’…bodoh, bodoh dan bodoh lagik…kecik-kecik tak nak mampos…dah besar menyusahkan orang…”
“Iye boss….saya bodoh boss…ampun boss…”
“Bagus…mengaku pon….”
“Tapi boss…susah boss….mereka degil…”balas Mail mempertahankan diri dan air mukanya dari dijatuhkan didepan rakan-rakan sejawatnya.
“Lah…apa lah bebalnya kau nih….ugut mereka, culik anak bini mereka, cucuk mata mereka, bakar rumah mereka…kalau perlu..”
Yusof mengetuk-ngetuk hujung kukunya diatas meja. Meluat benar dia mendengarkan arahan Bragas. Sudahlah penyangak, tak berhati perut pulak tu. Suka-suka hati bunuh orang. Dia mahu membantah. Entah kenapa dia tak berdaya. Suaranya tidak keluar. Mungkin Bragas masih memegang sesuatu yang berharga pada dirinya. Lantaran itulah dia hilang segala kuasa untuk berbuat sesuka hatinya. Yusof terus tunduk melihat lantai. Dipicit-picit kepalanya yang tidak sakit itu, cuma sedikit runsing.
“Dengar sini semua…aku mahu semua ketua unit hantarkan senarai nama anak buah masing-masing yang kauorang rasa mencurigakan…hantar pagi-pagi esok…” arah Bragas.
“Haaaa…apa boss?” Semua ahli unit tersentak.
Bragas menjeling tajam. Semua ahli kanan kembali tertunduk. Tidak berani melawan tenungannya.
“Esok pagi-pagi buta…sebelum lalat bangun, aku nak di atas meja aku…feheemmm…” tegas Bragas, parau.
Bilik mesyuarat sepi. Masing-masing mula merasa akan satu kebenaran. Iaitu wujudnya seorang pengkhianat dalam organisasi ini. Ingatan mereka segera terimbas dengan satu kejadian yang berlaku 2 tahun lepas. Razak, ahli Unit Tengkorak B2, iaitu anak buah Yusof, rupa-rupanya perisik polis. Yusof sedar akan kewujudan ‘pengkhianat’ dalam organisasi itu. Iaitu 2 minggu selepas dia dipaksa menyertainya. Dia dapat melihat gerak geri Razak yang sangat mencurigakan. Yusof yang mengawal semua keluar masuk data berkaitan organisasi dari setiap komputer di bangunan itu. Dia melihat kembali log yang lupa dipadam oleh Razak. Log yang melaporkan semua aktiviti organisasi itu. Dia tahu kepada siapakah panggilan telefon yang dibuat oleh Razak. Dia juga tahu terdapat kesan-kesan segala maklumat sulit organisasi telah di ‘download’ dan telah dikirim kepada seseorang. Dan dia tahu siapa yang membuatnya. Tapi dia tak ambil peduli. Dia diamkan aje. Asalkan Razak berhati-hati dan tidak tertangkap. Yusof cuma merahsiakan segalanya dari pengetahuan ahli organisasi yang lain, terutamanya yang setia kepada Bragas.
Tapi malang tidak berbau. Satu malam, sewaktu dia sedang lena tidur, dia telah dikejutkan. Semua ahli organisasi diminta untuk berkumpul pada malam itu juga. Mereka dipaksa hadir digudang simpanan dadah organisasi itu, tidak jauh dari bilik tempat Yusof tinggal. Sesampainya di gudang, dia terperanjat. Dia lihat Razak sudah terbaring diatas lantai. Mukanya dipenuhi darah. Sah-sah dia baru dibelasah. Johan dan beberapa orang bawahannya yang memukul Razak. Disepak, ditendang dan diterajang. Semuanya berlaku kerana Johan tidur lewat malam itu. Sedang dia surfing laman web lucah Menonthenet di komputer utama, tiba-tiba Johan dikejutkan dengan bunyi amaran. Amaran dari komputer utama yang mengatakan ada maklumat yang sedang dalam proses ‘pindah turun’. Dia mengesan dari mana proses itu sedang berlaku. Dari bilik 203. Bilik Razak. Johan segera memanggil orang-orangnya, dan akhirnya Razak tertangkap.
“Biar ini jadi pengajaran…siapa-siapa yang berani berpaling tadah…inilah padahnya…” laung Johan sambil memandang mata satu persatu ahli organisasi yang hadir. Tapi renungannya lama tertancap diwajah Yusof. Segera Johan keluarkan pistol. Sebentar kemudian, bunyi tembakan bergema. Razak dibunuh dengan kejam.
Pagi itu, Balai Polis Bukit Aman dikejutkan dengan satu berita. Menurut Konstabel Malek, waktu itu pukul 4 pagi. Sedang dia berjaga dipos pengawal, dia dikejutkan oleh bunyi kenderaan yang bergerak laju. Dia segera berlari keluar. Dalam kelam malam, dia dapat melihat sebuah pajero berwarna hitam yang tidak jelas plat nombornya. Yang dia tahu, pajero itu berhenti didepan pintu pagar, sebelum pintunya terbuka dan sekujur tubuh telah dicampak keluar dari dalamnya. Ditubuh mayat itu terdapat nota amaran separa lawak yang berbunyi,
“MUA.HA.HA.HA.HA…1-0…Wei…Kalo terror tangkap la”.
Markas Tengkorak dipindahkan subuh itu juga. Yusof demam 2-3 hari selepas itu. Dia hilang selera makan. Terbayang-bayang dikepalanya tubuh Razak yang longlai. Badannya lembik seperti sotong. Tulang temulangnya hancur. Ganas. Brutal. Mengalahkan pengganas Yahudi. Opp...mungkin baik sikit dari Yahudi. Ahh…sama aje la.
Semenjak itu, Yusof menjadi sasaran. Dia jadi kambing hitam. Kerana Razak dibawah pengawasannya. Persoalannya, mustahil Yusof tidak tahu akan segala aktiviti Razak selama ini. Timbul desas desus dikalangan ahli Tengkorak yang mengatakan bahawa Yusof tahu akan aktiviti Razak selama ini, tetapi Yusof rahsiakan. Mungkin Yusof juga turut terlibat. Tapi semua desas desus itu segera dihentikan oleh Bragas. Pelik semua ahli dengan sikap Bragas yang beriya-iya mempertahankan Yusof. Tambahan lagi cucunya, Johan.
Persoalan yang bermain difikiran Yusof sekarang ini ialah, siapakah yang meneruskan kerja-kerja Razak?
Yusof mengangkat kembali mukanya. Bragas sudah beralih agenda. Segera dicuit cucunya, Johan, yang duduk disebelahnya. Johan bangkit dari kerusi. Kisah dia diserang oleh ahli Dragonfly diceritakan balik secara terperinci.
“Orang-orang kita masih tak dapat nak buat siasatan lanjut. Mereka tak dapat mencari mayat lelaki cina tuh…kalau dapat boleh dikenalpasti…betul ke ahli Dragonfly atau sebaliknya….Tapi yang aku tahu, polis bersepah kat situ….buat masa sekarang nih memang tak boleh nak dekat dengan kawasan tuh…” Johan memandang sekeliling meja persidangan. Semua yang mendengar terlopong dengan cerita Johan. Masing-masing tak sabar untuk mendengar dengan lebih lanjut. Bukan apa, Johan kaki ting tong. Dia tukar-tukar cerita. Iyelah, nak cover dia kalah masa bertumbuk dengan lelaki cina itu. Tapi Johan rasa bangga. Kerana bukan senang nak buat mereka semua ternganga dan terkejut. Yusof seorang aje yang tak menunjukkan sebarang reaksi. Degil sungguh.
“Tapi yang peliknya, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai mayat dia langsung tak ditemui. Pihak polis pun tak jumpa mayat tuh….kesan darah pun takde… Aku dah hantar orang-orang aku supaya check semua bilik mayat di hospital sekitar Kuala Lumpur, tapi diaorang cakap takde pun….” Johan menyambung, lalu duduk semula diatas kerusinya.
“Mati hidup balik kots….eeiiii…takuts….momok…” Satu suara sumbang yang buat lawak mencelah.
Bragas hanya membatu. Hek tidak hok pon tidak. Dia dah tak kuasa bersuara lagi. Semput benar dia nampaknya. Tercungap-cungap mengambil nafas. Yusof yang duduk tidak jauh dari Bragas nyaris-nyaris tersenyum melihat keadaan Bragas. Mungkin Bragas banyak sangat menengking hari ini. Sampai mahu tercabut anak tekaknya. Mungkin tekaknya perit. Sebab itulah matanya berair. Lagipun Bragas ada sakit lemah jantung. Baru 6 bulan lepas dia menjalani satu pembedahan. Jantung lamanya tidak boleh dipakai lagi. Dah rosak teruk. Sampai terpaksa digantikan dengan jantung plastik. Yang menggunakan bateri untuk menggerakkannya. Bukankah bagus kalau bateri yang menggerakkannya kehabisan kuasa sekarang….agaknya itulah yang terlintas difikiran Yusof.
Perlahan Yusof menggeleng-geleng kepalanya. Mungkin dia hendak sangat perkara itu terjadi. Johan hanya menjeling dari hujung meja. Entah apa sahaja yang sedang berputar dalam fikiran Yusof, fikirnya. Nak juga dia ambil tahu. Apatah lagi dengan senyumannya yang sangat sangat mahal, hampir sahaja mekar dibibirnya. Mungkin terasa bahagia mendengar kisah Johan yang diancam maut. Ciss!!…Bedebah!….Johan mengetap bibir.
“Ok…sekarang ada dua possibilities. Pertama, polis dah ambik mayat tu dan mungkin sudah dilabelkan sebagai bukti, boleh jadi ia akan digunakan untuk memudahkan lagi siasatan mereka. Atau, yang kedua, kita tak nak menuduh terlalu cepat, tapi kemungkinan besar ada ahli Dragonfly yang lain yang berada disekitar kawasan itu sewaktu kejadian….Jadi dia cepat-cepat sorokkan mayat temannya selepas Johan melepaskan diri…sebelum pihak polis sempat sampai kesitu.”
Mesyuarat Unit Tengkorak mula kembali bernyawa. Masing-masing menggeleng kepala kerana tidak puas hati. Semuanya tertanya-tanya mengapa ahli Dragonfly sanggup berpaling tadah. Mereka sudah menjadi rakan sekutu hampir 9 tahun lamanya. Berbagai-bagai kata sepakat telah dicapai. Dragonfly yang membuka jalan dengan memberi bekalan. Bekalan-bekalan mentah didapati dari kawasan Segitiga Emas, yang terletak diantara Myanmar, Thailand dan Laos. Memang lumayan pulangannya. Iyalah, bekalan mentah selalunya boleh dapat dalam harga murah. Setelah diproses, harganya meningkat berkali-kali ganda. Sebab itulah tali persahabatan masih berterusan. Malahan, orang dari kedua-dua pihak baru aje nak berjinak-jinak dengan bermain golf bersama-sama.
“Ampun boss…” Ashraf, ketua Unit Tengkorak E5 (Bahagian Siasatan) membuka mulut. “Yang kami pelik, kenapa Johan jadi sasaran anggota Dragonfly?….Nampaknya mereka sah-sah nak sabotaj bos…Apa motifnya ?”
Dahi Bragas berkerut-kerut. Air mukanya kusut. Tiba-tiba sahaja dia tersenyum hingga ke telinga. Nampak sangat senyumannya itu tidak ikhlas. Senyumnya sebiji macam senyuman aktor Jim Carrey, yang dibuat-buat dan boleh ditarik-tarik macam getah. Senyum dalam paksaan, bak kata orang. Macam plastik, gamaknya.
“Haaa…itulah yang aku pelik….hapa kejadahnya diaorang buat camtu…itu yang aku nak tau sangat tuh…” Bragas terdiam sebentar. “Tapi buat masa sekarang, kita senyapkan dulu perkara nih…aku tak nak kecoh-kecoh. Aku tak nak ada kocakan yang buat mereka tahu akan perkara ini…Ingat…kalau kita terburu-buru, organisasi ni jugak yang musnah. Aku nak korang semua lebih berhati-hati lepas nih. Aku akan kerah semua unit untuk menyiasat perkara nih hingga ke akar umbi…kalau ada pengkhianat, pancung, kalau ada sabotaj, tembak. Paling penting sekali, aku tak nak musnahkan rakan seniaga kita sendiri tanpa bukti kukuh. Tapi aku berjanji, kalau aku dapat bukti yang ini semua angkara mereka, kita kerjakan mereka sampai lumat…” Bragas mengetap gigi tanda amarannya. Tangan kanannya menumbuk tapak tangan kirinya sambil ditenyeh-tenyeh macam orang tengah menumbuk sambal belacan. Marah betul Bragas, bagai mahu ditenyeh-tenyeh kepala anggota Dragonfly kalau benar segala perkara yang berlaku ini adalah angkara mereka.
Persidangan pagi itu diakhiri dengan upacara minum kopi dan makan karipap. Ada yang tak tahu malu memesan Carlsberg. Dasar penyangak. Pagi-pagi buta dah tonggang arak. Selesai upacara jamuan ringan, mereka semua melangkah keluar dari bilik rahsia. Bilik mesyuarat itu dibina dibawah tanah, dilindungi oleh pintu kebal automatik setebal 8 inci. Dalam bilik mesyuarat itu juga terdapat pintu menuju lorong-lorong rahsia. Langkah keselamatan sekiranya tempat mereka di ‘ambush’ oleh pihak berkuasa. Ditangan mereka kosong, tiada sebatang pen mahupun kertas. Agenda mesyuarat tadi pun mestilah ditinggalkan didalam bilik itu. Tidak siapa pun dibenarkan membawa keluar sebarang kertas dari bilik mesyuarat, heck, malahan dari bangunan organisasi itu sendiri. Semua dokumen-dokumen yang ditulis atas kertas akan dimusnahkan sebaik sahaja ia diingati. Bahaya. Kerja mereka terlalu bahaya. Sebab itu tiada fail atau catatan. Manalah tahu kalau-kalau tercicir tengah jalan, lepas tu sampai kepada pihak polis. Risiko yang tak boleh diambil. Jadi, semua perkara harus dicatat dalam otak sahaja. Sebab itulah orang kanan Tengkorak bukan calang-calang orang. Semuanya genius dan semuanya ada daya ingatan yang kuat.
Sebelum Yusof melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu, dia terdengar Bragas berbisik pada Johan. Bragas akan melaporkan perkara yang terjadi pada ‘sleeping partner’ nya, Mr X. Yusof tahu akan kewujudan Mr X ini. Kadang-kadang dia terdengar dari Bragas dan kadang-kadang dari Johan. Mr X ialah rakan kongsi Bragas yang sama-sama menubuhkan organisasi ini. Tapi Mr X tidak dikenali, apatah lagi berjumpa dengan dia. Kecuali Bragas sendiri. Kerana sepanjang Yusof berada disini, segala urusan dengan Mr X dijalankan melalui telefon dan eletronik. Yusof tahu, Mr X tidak berada di Malaysia. Dan Yusof juga tahu, tugas Mr X ialah membekalkan modal. Bahan mentah yang dibawa masuk dari kawasan segitiga emas akan diproses disebuah kilang rahsia. Dan Mr X yang menguruskan semuanya, dari modal hinggalah ke tapak pemrosesan. Susahlah camnih. ‘Puzzle’nya masih tidak lengkap, tidak sehingga dia mengetahui siapakah Mr X nih.
Yusof membelok ke kiri. Dia masuk kedalam bilik operasi Unit Tengkorak B2. Komeng dan Jebon yang muda daripadanya menegur. Yusof cuma mengangguk ringkas. Pelik. Apa kena muka mereka satu persatu masam macam asam jawa. Apa lagi yang tidak kena, fikirnya?
“Wehhh…” Yusof tersentak sikit. Baru dia terperasan. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Terpinga-pinga. “Kenapa makin sempit aku rasa bilik nih? Kenapa meja korang bercantum…lah…bila masa lak ada sampai 4 meja nih?? Sapa pulak punya meja nih, menyemak aje..?” Yusof bertanya pada anak buahnya. Mereka cuma terdiam. Mungkin sebab mereka pun tengah bengang.
“Hah Komeng…sapa gatal-gatal letak laptop sebelah meja aku nih?? Siap dengan modem pulak tuh….Siapa punya nih?” tanya Yusof lagi. Tapi Komeng diam aje, lantas dialihkan pandangan kepada Jebon.
“Entah, pagi-pagi tadi masa kitaorang masuk bilik nih dah ada macam nih..” Jebon menjelaskan. “Kita ada ahli baru la Yusof…”
“Eloklah tu…boleh aku curik tulang selalu…he.he.he…” Yusof berseloroh sambil tersenyum.
“Bagus kehapanya? …Dia orang komplot Johan…Kau bukan tak tahu Johan dah lama….”
“Aku dah lama apa Jebon??” Tiba-tiba Johan melangkah masuk kedalam pejabat mereka. Semua tergamam. Terutama Jebon. Hijau sekejap mukanya. “Aku dah lama apa hah..!!!!?” Johan bertempik menjerkah Jebon didepan mukanya. Jebon terus terdiam. Dia kembali melangkah ke mejanya dan pura-pura buat kerja. Johan tersenyum sendiri. He.he.he…tau takut…alah..budak-budak nih sekali sergah dah kecut…takde telur, bisik hati Johan.
“Ha…apahal kau datang sini..?” Yusof menyoal tenang. Cepat-cepat disorokkan perasaan terkejutnya. Dia tahu, kalau dia turut sama menunjukkan perasaan takut seperti yang ditunjukkan oleh Jebon dan Komeng, kepalanya akan terus dipijak oleh Johan, malahan oleh kedua orang bawahannya.
“Nih…aku nak introduce…anak buah baru kau,” ujar Johan.
Yusof hanya mengangguk. Kerana dia sudah nampak orang asing yang bakal menjadi anak buah barunya itu berdiri dibelakang bakal pewaris organisasi Tengkorak itu. Kacak. Perkara pertama yang terlintas dikepala Yusof. Usianya mungkin belum mencecah 30. Kemungkinan besar sekitar 28 atau 29 tahun. Rambut ikalnya yang hitam berkilat panjang ke belakang, diikatnya kemas-kemas. T-shirt hitam ketat dan jaket kulit hitam yang dipakainya jelas menampakkan susuk tubuhnya yang sasa. Badan set-set abang askar. Jambangnya terjaga rapi. Warna kulitnya yang sawo matang itu seolah-olah memberikan ‘compliment’ kepada semua ciri-ciri yang ada pada dirinya. Tinggi, tegap, kacak dan jantan sekali. Segera Yusof tersenyum.
“Weiii…kau senyum apahal..?” tanya Johan sedikit pelik. Apa yang kelakar sangat tentang anak buah barunya itu.
“Takde apelah…sibuk la kau nih….” Jawab Yusof serius. Tapi dalam kepala otaknya dia membuat kesimpulan. Dia rasa tidak sesuai benar orang sebegini ditugaskan menghadap komputer. Perwatakannya yang agak kasar itu lebih sesuai menyertai Unit Tengkorak A1 yang menjalankan tugas edar mengedar. Organisasi ini memerlukan seseorang yang tangkas seperti dia untuk menjalankan tugas yang berbahaya itu. Sebab Johan memang tak boleh diharap.
“What’s your name…?” Tanya Yusof.
“Jebat,” Jawab pemuda itu.
Yusof terdiam sekejap, terpegun. Senyuman yang dilemparkan oleh Jebat betul-betul menyentuh hatinya. Senyuman ikhlas yang sudah lama dia tidak lihat. Semenjak dia bekerja dengan organisasi keparat ini. Bukan seperti senyuman Bragas dan Johan yang boleh disamakan dengan senyuman plastik. Boleh ditarik-tarik dan dipanjang-panjangkan hingga ke telinga.
Jebat memang tak sesuai bekerja di department itu. Sekadar menghadap komputer. Kerana Yusof rasa Jebat lebih sesuai mengedar dadah. Entah kenapa Johan menghantar Jebat kesini. Tentu ada sebab dia menyertai Tengkorak. Dan apa pulak sebabnya? Yusof takjub sendiri.
Johan melangkah keluar dari bilik tersebut. Sepintas itu senyuman plastiknya terbentuk dibibirnya. Perangkapnya dah dipasang, cuma tunggu mengena aje.
****
Dia melangkah menuju pulang kebilik sewaannya pada pukul 3 pagi. Sudah lewat benar. Lagi 3-4 jam lagi matahari pun sudah mahu terbit. Kawasan miskin itu gelap gelita. Banyak rumah yang sudah kosong tidak berpenghuni. Ramai yang sudah berpindah. Mungkin kerana kawasan ini sesuai untuk dihuni oleh binatang liar sahaja. Iyelah, rumah-rumah disini kebanyakkannya dibina dari papan lapis dan zink. Lebih kurang reban aje.
Yusof melangkah berhati-hati. Takut-takut terserempak dengan kumpulan anjing liar yang selalu berkeliaran disini. Dia terus menyusur lorong sempit dibelakang dapur rumah-rumah setinggan yang dipenuhi sampah sarap itu. Kucing kurap dan tikus mondok bermaharajalela. Menyelongkar sampah mencari rezeki. Tikus disini gemuk-gemuk belaka. Mungkin cukup makan, terlanjur itu, kucing-kucing juga tumpang tuah, sebab dapat makan tikus tikus gemuk ini. Bau hapak dan pering meyucuk-nyucuk hidungnya. Datang dari longkang dan jamban yang tidak terurus sistem perparitannya. Matanya sudah betul-betul berat. Seolah-olah mahu terkatup dengan sendiri. Malahan, dia tidak jumpa lubang kunci pada pintu, gara-gara terlalu mengantuk. Dia jarang sekali pulang lewat, apatah lagi tidur lewat. Kecuali jika ada operasi besar.
Tetapi tadi, banyak betul si Johan menceceh. Johan mengajaknya keluar makan. Dia yang belanja. Lepas satu, satu. Yusof sudah terasa pelik apabila naib Presiden Tengkorak itu mahu belanja dia makan. Selalunya, mesti ada muslihat terselindung yang difikirkan oleh Johan. Dulu, pernah dia terkena sekali. Johan mengajaknya makan. Yusof turutkan saja. Lepas itu Johan mempelawa Yusof balik kebiliknya. Konon-kononnya nak ajak berborak. Yusof ikut jugak. Iyelah, orang dah buat baik, kenalah balas baik jugak. Tapi lain pulak jadinya. Yusof tak sedap hati bila Johan mula pasang cd blue gay. Lepas tu digoda dan diraba-rabanya badan Yusof. Tersentap Yusof kejap. Jenuh dia carik alasan. Tak bernafsu langsung Yusof pada Johan. Bukan taste dia.
“Alah…relaks la…kau ingat aku tak tau pasal diri kau…” Kata Johan pada Yusof bila dia menolak ajakkannya untuk berasmara.
“Apa dia…?” Yusof buat-buat clueless.
“Alah…aku tahu kau PLU…jangan tipu….kau tau tak aku dah pasang kamera dalam bilik kau….aku tahu kau buat apa tiap-tiap malam sebelum tido…he.he.he”….Johan tersenyum nakal.
“Apa yang kau cakap nih…aku tak paham lah…aku buat apa?”
“Alah…aku tahu kau tengok gambar boyfriend kau kan...lepas tu kau cik cap…besar betul kau punya barang yek…stim gile aku tengok….”
Yusof terdiam. Celaka…camne aku boleh tak tahu, gerutu Yusof dalam hatinya. Dia risau segala perlakuan dia selama ini akan terbongkar. Harap-harap sibebal nih tak tahu, tambah hatinya lagi. Semenjak itu Yusof lebih berhati-hati dengan segala yang ingin dilakukannya.
“Amacam…boleh tak..?” Johan bertanya dengan muka tak malu.
“Aku letih lah…lain kali ajelah ye…” Yusof tolak baik-baik.
“Hmmphhh….sombong…” bentak Johan. Lantas diambilnya setin Carlsberg dari peti ais dan terus menonggangnya.
Bukan sombong la bodoh…kau tu tak taste langsung…Tapi kalau kau taste pun aku tak hingin. Yusof perhati lagi Johan. Terus dia menuju pintu dan melangkah keluar senyap-senyap. Nasib baik lepas. Dibuatnya Johan panggil orang-orangnya dan arahkan dia diikat, lepas tu dirogol, tak ke kes naya.
Tapi, perjumpaannya tadi dengan Johan lain sedikit. Johan tak pulak cuba memikatnya. Tapi dia cuma berborak pasal operasi terbaru dan akan datang Organisasi Tengkorak. Lepas tu meleret-leret sampai kisah anak buah barunya, Jebat. Gayanya bercerita agak berhati-hati. Macam menyorokkan sesuatu. Macam takut terlepas cakap. Dia tidak memuji berlebih-lebihan, tetapi Yusof sudah dapat agak sebab-sebab kenapa pemuda itu diletakkan dalam Unit Tengkorak B2, unit kesayangan Bragas. Kalau Jebat takde hari tu, satu-satunya cucu dan pewaris Organisasi Tengkorak sudah lama arwah. Organisasi Tengkorak akan kehilangan bakal pemimpin selanjutnya.
2-3 kali Yusof rasa mahu menguap ketika itu. Itu pun dicubanya tahan. Cerita tentang Jebat mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Dapatlah juga dia tahu sedikit sebanyak latar belakang yang berguna tentang anak buah barunya itu. Dia tersentak apabila Johan beritahu yang Jebat mempunyai sarjana dalam bidang Sains Komputer, dari sebuah universiti elit luar negeri pulak tu. Vassttttt…..
Yusof memberanikan diri bertanya, “Boleh percaya ke? Entah-entah dia nak perangkap kita….mana la tau?”
Dan aku akan ingat sampai mati yang engkau dah menjahanamkan hidup aku, dan aku akan pastikan kau terima akibatnya, hati Yusof berkata-kata.
“Ahhh…aku yakin dia setia…instinct aku kuat kata dia akan setia dengan kita…” Jawab Johan bangga. Konon-kononnya radar dia tepat sangat.
“Hmmm…”
Yeah…kau tu memang, asal jantan can do sikit…cepat sangat kau berair kan…dasar ponen loser, gerutu hati Yusof lagi.
Sebaik dia melangkah masuk kedalam biliknya, terus dia menuju kekatil. Dia tidak menghidupkan lampu. Biarlah bergelap. Dia pun sudah mahu tidur sangat. Mengantuk benar dia. Kunci ditangannya dibaling entah ke mana. Ah…gasaklah, esok pagi aku carik la balik. Dia terus menghumbankan badannya keatas katil. Sebentar kemudian, dia terus ‘berlayar’.
Yusof terkejut dari tidurnya awal pagi itu. Itupun sebab ada anjing yang menyalak ditepi tingkap biliknya. Hari masih lagi gelap. Dia duduk berteleku sebentar dihujung katil. Ada sesuatu yang tidak kena. Dia terus bangun dari katil dan matanya terkebil-kebil seketika. Dia memerhati sekeliling. Ada sesuatu yang tidak kena, bisik hatinya. Dia tengok meja kecil disebelah katilnya. Laptop Compaq miliknya masih lagi disitu. Tapi apa? Tidak ada barang yang ghaib, tapi dia tahu sesuatu telah berlaku dalam biliknya. Gambar Hashim dalam bingkai kad keras dan hanya bertutup plastik jernih dan bukan kaca itu terjatuh dibawah meja. Semacam dilanggar orang. Agaknya ada orang yang pecah masuk kebiliknya.
Tapi Yusof bukanlah jenis orang yang cepat panik. Dia terus menuju tingkap. Diselaknya daun tingkap luas-luas. Biar udara segar dan cahaya masuk. Baru terang sikit. Kemudian baru dia memeriksa barang-barang kepunyaannya didalam laci. Bukannya ada barang berharga pun. Hidupnya kini miskin. Tak macam dulu. Tapi dia mengerti, semua kemewahan itu sudah tidak bererti lagi pada dia. Dibuka laci almarinya. Yang ada cuma majalah dan surat khabar. Masih lagi tersusun kemas. Tiba-tiba dia tersentak. Majalah Time bertarikh bulan lalu berada diatas majalah Time terbaru yang dibelinya minggu lepas. Yusof tidak menyusunnya begitu. Dia tahu dirinya yang kemas dan teliti. Semuanya harus berprotokol. Dia tahu dia menyusun majalah itu mengikut tarikh. Majalah Time bertarikh Februari itu sepatutnya berada dibawah majalah Time yang bertarikh Mac. Tapi nampaknya lain yang terjadi. Sudah terbalik. Dia cukup ingat benda-benda remeh begini. Walaupun kecil pada orang lain, tetapi tetap penting pada dirinya.
Sah. Sah ada orang pecah masuk kedalam biliknya. Tetapi mereka cari apa? Dia tidak rasa barang-barangnya dicuri, kerana lap-top nya masih terdapat diatas meja. Kalau nak dicuri bantal busuknya, silakanlah. Dah penuh dengan peta dunia. Peta Marikh pun ada. Yusof terpandang-pandang wajah Bragas, kemudian Johan. Agaknya dia ajak aku makan dan berborak panjang sampai ke pagi tu taktik aje kot, fikirnya. Ketika itu, bolehlah orang-orang Johan menyelinap masuk ke dalam biliknya. Entahlah, dia tahu. Sejak dia jadi ‘scapegoat’ ni, ada aje salahnya yang dicari. Bragas tak banyak hal, tapi Johan. Selagi boleh dia macam nak kenakan Yusof. Mungkin dia dendam dengan Yusof pasal Yusof tolak ajakannya untuk main. Johan saja nak carik pasal. Agaknya aku disyaki bocor maklumat pada polis kot? Pasal itu diaorang pecah masuk bilik aku dan cuba cari apa-apa catatan yang berkaitan dalam bilik aku nih. Sorry lah to disappoint you guys. Tidak berhasil. Kalau ada hasil pun, setakat habuk. Sia-sia sahaja.
“Hahahahahhaha…woohooo..” Yusof tergelak besar. Geli betul rasa hatinya.
Yusof menutup kembali laci mejanya. Dia mengambil kembali gambar yang terjatuh dilantai. Gambar Hashim yang terletak didalam bingkai yang dibuat sendiri dari kad keras dan plastik jernih itu dibelek-beleknya. Gambar Hashim berbaju melayu. Kacak. Kemudian dia letakkan semula ke tempat asalnya, dimeja tepi katil. Terus dia menghumbankan tubuhnya keatas katil semula. Dia mengurut-urut dahinya yang tidak sakit. Matanya merenung siling yang sudah bertapuk oleh kulat itu. Dia mengeluh. Dia tahu kenapa Bragas boleh mengawalnya. Dia tahu kenapa dia harus tunduk dan menurut segala kata Bragas. Kerana dia tiada pilihan. Dia terpaksa.
“Cepatlah ambik gambar saya…tengah posing mautz nih…” Hashim bersuara girang sambil tersenyum. Songkok dikepalanya dibetulkan letaknya.
“Ok…ok…haaa…kening tu jungkit sikit…bontot tuh kasik tonggek lagik…ha.ha.ha” Yusof berlawak. Usikkannya disambut oleh gelak tawa Hashim. Senyum manis Hashim yang sangat-sangat digemarinya. Baju melayu kain sutera dan samping songket yang dipakai oleh Hashim beralun lembut ditiup angin pagi Syawal.
Klik.
Ingatan yang sering memburu Yusof. Segera dia teringat. Akan dirinya yang sebatang kara dalam dunia. Tetapi tidak selepas dia bertemu Hashim. Hashim bukan sahaja kekasihnya, malah satu satunya keluarga yang dia ada dalam hidupnya. Sebab itulah bila tiba raya, dia akan ikut Hashim pulang ke kampungnya. Dan dia bahagia. Kerana keluarga Hashim menerima dia seperti mereka menerima anak mereka sendiri. Tapi dia sudah lupa. Saat-saat indah itu hampir sahaja hilang dari ingatannya. Dia kesal. Hashim tidak patut terlibat dalam perkara ini. Perkara buruk adalah perkara terakhir yang Yusof tidak ingin terjadi pada kekasihnya, Hashim. Dan segera, peristiwa buruk itu kembali bertandang dalam kotak memorinya.
Yusof baru pulang dari kerja. Sementara menunggu Hashim, dia menonton televisyen diatas sofa. Hatinya berasa tidak sedap hari ini. Sejak dari di pejabat tadi. Berdebar-debar tidak keruan. Seolah-olah petanda sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi tidak dia endahkan. Sangkanya, itu semua mainan perasaannya. Mungkin stress kerja yang keterlaluan. Dalam dia merenung kosong peti tv didepannya, dia terlelap. Dia terkejut dari tidurnya bila dia merasakan ada bulu-bulu kasar menyentuh dahinya. Segera dia buka mata. Ohh…Hashim. Hashim sudah pulang. Dia mencium dahi Yusof.
“Letih sangat ke…?” Soal Hashim sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung diatas tepi sofa.
“A’ah…banyak kerja sikit…sakit kepala…”Yusof menjawab lemah.
“Nak saya picitkan…?”
“Takpelah….awak kan letih…”
“Marilah…saya picitkan…bukan susah sangat pun…”Hashim tersenyum manja. Senyum ada makna.
“Hmmmm…”
Yusof turutkan aje kemahuan Hashim. Dia duduk sebentar. Hashim terus beralih duduk dihujung sofa. Kemudian Yusof berbaring kembali, diatas ribaan Hashim. Sebentar kemudian jari jemari Hashim pantas meniti dahi Yusof.
Errrppp…Erpppp….Yusof tersendawa 2-3 kali. “Angin nih…awak tak makan tengahari ye ?” Tanya Hashim yang memang ambik berat akan perihal kekasihnya.
“Iye….camne nak makan…tak sempat…banyak sangat deadline…client tahu menyalak nak cepat aje…pas tu asyik nak me’reject’ aje…lepas tu system asyik tak boleh run, stuck sana, virus sini….tension…tak selera nak makan….”
Hashim terus mengurut. Diambilnya minyak angin cap kapak dan disapu sedikit pada dahi Yusof.
“Ahhh..kurang sikit…” Yusof sudah lega sikit.
“Saya tahu camne nak hilangkan terus…”
“Camne…?”
Sepantas kilat Hashim mencium hidung Yusof yang mancung. Yusof faham akan maksud Hashim. Dibiarkan saja. Terus dia tutup mata. Hashim mengangkat kepala Yusof perlahan dan diletakkan kembali keatas bantal. Dia terus melutut diatas lantai. Perlahan dia mencium leher Yusof yang sedikit terdedah. Dibukanya 2 butang baju atas kemeja Yusof. Perlahan lahan dia mula mencium. Bulu dada Yusof yang halus tetapi lebat itu betul-betul mengghairahkan. Dia menjilat-jilat bibir. Dia memang suka main camni. Dia bebas buat apa sahaja. Dia jilat leher Yusof. Kedengaran kekasihnya itu mengerang kecil. Aikk…dalam pening kepala pon sempat mengerang lagik. Dibukanya satu persatu butang baju kemeja Yusof. Diselak baju kemeja yang dipakai oleh kekasihnya, tapi tidak ditanggalkan terus. Dia suka tengok batang tubuh lelaki yang terdedah tetapi masih berbaju. Seksi. Batang tubuh kekasihnya, Yusof, memang mengasyikkan. Bulu pada dada dan perutnya cantik dan kemas tersusun. Lekuk lekuk abdomennya juga indah. Hasil dari membuat sit-ups 200 kali sehari. Dada yang bidang tetapi keras itu juga merupakan aset pada Yusof. Tambahan lagi puting dadanya yang berwarna merah jambu. Hashim mencium perlahan tubuh badan kekasihnya. Kadang-kadang dijilat dan kadang-kadang digigit lembut. Kedengaran erangan kecil dari Yusof. Mungkin dia pun tengah nikmat.
Hashim kembali kebahagian atas. Dijilatnya lembut bibir merah Yusof. Yusof hanya diam membatukan diri. Membiarkan kekasihnya mengemudi bahtera. Tangan Hashim mula merayap-rayap kebahagian sulit Yusof. Diramas-ramasnya bonjolan yang sudah mengeras. Besar. Barang yang membuatkan Hashim separuh gila bila melihatnya. Sambil dia menjilat misai Yusof yang lebat tapi dijaga kemas itu, sambil itu tangannya sibuk membuka ikatan tali pinggang, butang dan zip seluar kekasihnya. Diramas lagi perlahan-lahan. Diselukkan kedalam seluar yang sudah terbuka itu. Basah. Seluar dalam Yusof sudah basah.
“Ahhh….” Erang Yusof dengan suara jantan.
Hashim terus keluarkan batang Yusof. Dibeleknya senjata Yusof. Cantik. Melihatnya aje dah buat Hashim nak terpancut. Dijilatnya perlahan-lahan. Digigit-gigit manja batang Yusof. Sambil-sambil itu diurut lembut dengan tangannya. Hashim terus berdiri. Dibuka seluarnya. Tapi kemeja yang dipakainya tidak pulak ditanggalkan. Yang ditanggalkannya cuma butang dan lepas tu diselakkan sedikit. Dari cermin besar yang tergantung didinding, Hashim melihat sendiri refleksi dirinya dan Yusof. Whoaa…sebijik macam dalam cerita porno. Hashim stim giler. Dirangsang lagi batang Yusof yang sudah sedikit mengendur. Beberapa saat kemudian, Yusof sudah kembali sedia untuk beraksi. Tapi matanya masih dipejamkan. Cuma sekali sekala bibirnya terketap dan bunyi desahan terlepas darinya. Hashim terus bangun, kemudian dia panjat atas sofa. Dia mencangkung diatas kejantanan Yusof. Batang Yusof dihalakan tepat kelubang keramatnya. Terus diambilnya pelincir yang terletak diatas meja tepi sofa. Memang tabiat mereka membeli 2-3 tiub pelincir, dan kemudian ditinggalkan ditempat-tempat strategik seperti didalam bilik tidur, ruang tamu dan bilik air. Jadi, bila mereka mahu projek ditempat-tempat itu secara ‘impromptu’, tak perlulah mereka menggelabah mencarinya. Pelincir itu disapukan sedikit pada lubang keramatnya dan pada kejantanan Yusof. Perlahan-lahan Hashim memasukkan seludang Yusof kedalam lubang keramatnya. Yusof mendesah kenikmatan. Wajah Hashim juga berkerut menahan sakit dan nikmat. Sebentar kemudian, gerakan pun dilakukan. Macam mahu tercabut kaki sofa Lorenzo yang berwarna putih itu. Kadangkala berlaga didinding. Bergegar. Selang beberapa minit kemudian, Yusof membuka kecil matanya. Dia sudah mahu terpancut. Hashim seperti orang dirasuk. Mukanya merah padam. Terlalu nikmat agaknya.
“Uhhhh…laju lagi…” Yusof mintak Hashim untuk menghenjut dengan lebih laju.
Kini, kedua-duanya mengerang kesedapan.
“Ahhhhhhhh…..” Yusof tersenyum kepuasan. Tanda dia sudah sampai ke kemuncak nikmat. Selang beberapa saat kemudian, tiba giliran Hashim. Terpancut-pancut atas badan kekasihnya. Hashim akhirnya terkulai layu diatas dada Yusof. Mereka berdua tercungap-cungap kepenatan.
Selesai projek, Hashim terus mandi. Yusof hanya terlantar keletihan di atas sofa. Sudahlah pening, kena bantai pulak tuh, mahunya tak semput. Sesudah mandi Hashim bersiap.
“Eh…awak tak nak keluar makan ke…?” tanya Hashim yang sedikit pelik melihat Yusof yang tidak bersiap lagi. Dia masih lagi terbaring disofa.
“Takpelah, awak ajelah keluar…saya letih lah…”
“Hmmm…camtu oklah….awak nak makan apa malam ni, saya belikan…” Hashim tawar diri. Selalunya dia akan keluar makan bersama Yusof, tapi sebab malam ini dia tak larat, dia bercadang nak tapau aje.
“Nasik ayam….dengan milo….”
“Tunggu tau….saya pergi kejap aje…”
“Iyelah….eh..nanti dulu…terlanjur tu tolong ambikkan sekali gambar raya hari tuh…saya hantar semalam…tolong ambikkan sekali…boleh tak?..” Segera dia teringat gambar yang diambil semasa raya tempoh hari sudah boleh diambil hari ini. Dia tak sabar untuk melihatnya. Dia nak tengok gambar Hashim yang bergaya ala-ala Ziana Zain. Tersenyum dia sendiri.
“Mana resitnya…?”
Yusof mengambil wallet dari poket belakang seluarnya yang tersepuk dibawah sofa. Dibelek-beleknya sebelum dia mengeluarkan sekeping kertas putih berlipat. Diserahkan kertas itu pada Hashim. Hashim terus sambar resit itu, kemudian dia ambil kunci kereta diatas coffee table depan mereka. Sebelum melangkah keluar, Hashim mencium dahi Yusof.
“Tunggu tau…saya keluar kejap aje…”
“Hmmmm…”
Hashim terus menuju pintu dan hilang dari pandangan.
Yusof tidak sedar. Bermula detik itu, seluruh hidupnya akan berubah.
Seluruh kebahagiaan yang dialaminya akan musnah sama sekali. Dan dia sendiri belum bersedia untuk menghadapinya.
Puas dia menunggu Hashim.
“Kata nak pergi kejap aje…kejap hapa…dah tengah malam nih…”
Yusof risau bila Hashim tidak pulang-pulang lagi. Takkan beli nasik ayam lama sangat. Beli nasik ayam atau buat nasik ayam? Takkan lama sangat nak ambik gambar tuh, ambik sahaja, bukannya perlu di develop. Macam-macam soalan menerjah fikirannya. Sudah dia cuba menghubungi Hashim melalui telefon selularnya, tapi tiada jawapan. Tak berangkat. Dia resah. Tak keruan dia malam itu. Macam kucing nak beranak.
Tiba-tiba telefon rumahnya berbunyi. Secepat kilat dia menjawab.
“Awak ke tuh…?”
“Ha.ha.ha…bukan….”
Ada satu suara asing dihujung sana. Yusof tahu itu bukan suara Hashim. Segera dihempaskan telefon. Lahh..orang dah la tengah panik, wrong number lak…mana la abang aku nih. Kemudian telefon berbunyi lagi. Terus dia angkat, dia dengar lagi suara tadi….
“Wei mangkuk ayun…wrong number lah” Marah betul Yusof dengan orang tak reti bahasa nih.
“Nyeh…nanti la dulu…dengar la aku nak cakap apa nih…” suara dihujung sana mahukan perhatian dari Yusof.
“Apa dia?”
“Hensem betul pakwe kau nih…” Kata pemanggil tersebut. “Tentu seronok kalau aku jual, tak pun aku rogol, tak pun aku kelar-kelar muka dia yang hensem nih…..”
Talian terputus. Yusof mula menggelabah. Dia tidak tahu apa yang nak dibuat. Dia terus berlari keluar dari rumahnya, niatnya hendak mencari kekasihnya. Dalam keadaan tidak keruan. Dia berkaki ayam sahaja. Macam orang gila dia mencari Hashim. Dia terus mencari. Dia balik ke apartmentnya semula, dia terus hubungi rakan-rakannya dan rakan-rakan Hashim. Dia hampa dengan jawapan yang diterima. Semua mengatakan Hashim tiada bersama mereka. Yusof terduduk disofa. Menangis dia disitu. Tersedu-sedu. Mungkin benar kekasihnya diculik oleh orang yang menelefonnya. Apa lagi yang boleh dia lakukan. Polis. Aku mesti lapor pada polis…, segera perkataan itu terlintas dalam kepala otaknya.
Dia segera berlari keluar dari rumahnya. Niatnya nak pergi kebalai polis. Nak melaporkan kehilangan Hashim. Dia tahu pihak polis pasti dapat membantu. Sebaik dia melangkah keluar dari pintu lif dan hendak menuju ke keretanya, dia terpandangkan sebuah kereta Toyota Altis berwarna hitam. Kereta Hashim.
Hashim dah pulang…teriak hatinya gembira. Dia terus berlari ke kereta tersebut. Tapi hampa, kereta tersebut kosong. Tiada tuannya. Pintunya tidak berkunci. Dia buka pintu kereta. Mana la tahu kalau-kalau Hashim ada didalam kereta tengah tidur, dan panggilan yang dia terima tadi tu sekadar lawak jenaka. Hampa. Kereta itu kosong. Yang ada hanya telefon selular, nasi ayam yang masih lagi panas dan satu beg kertas berisi gambar-gambar yang mereka ambil semasa hari raya tempoh hari. Yusof terduduk. Dia teresak-esak menangis lagi. Dia terlalu risau akan keadaan Hashim. Janganlah mereka apa-apakan dia, doanya dalam hati.
Memanglah Yusof berpendapatan lumayan. Kerana dia bertugas sebagai perundingcara komputer disebuah firma antarabangsa. Apatah lagi dia tidak mempunyai tanggungan. Hanya Hashim seorang sahaja tanggungannya. Tetapi, itu tidak bermakna dia kaya. Senang mungkin, tetapi tidak kaya. Jauh sekali hidup mewah. Berapa puluh ribu sahajalah yang mampu diberikannya untuk menebus semula kekasihnya. Bukankah lebih berfaedah jika orang itu menculik anak-anak jutawan terkemuka.
“Trittt…trittt…trittt…trittt…” Telefon selular Hashim berbunyi. Segera dia angkat. Harap-harap itu panggilan dari Hashim. Tapi hampa. Si penculik yang telefon. Dia bagi amaran supaya perkara itu tidak dilaporkan pada pihak polis. Kalau tidak dia ugut akan dihantarkan satu jari Hashim kepada Yusof, sebagai tanda amaran. Yusof terpaksa akur dengan kehendak lelaki tersebut.
Ternyata penculik itu bukan mahukan wangnya. Lewat malam itu, lelaki itu menelefon lagi. Hashim diberi peluang bercakap dengan kekasihnya, Yusof. Itu pun terlalu sekejap.
“Yusof…tolong saya…saya nak balik…” Hashim semacam merayu. Suara Hashim itu meruntun merentap naluri Yusof.
“Ya…ya, sayang…”
“Saya dah tak tahan…diaorang buli saya…macam-macam yang diaorang buat kat saya….”
Adoi. Yusof terasa sesak nafas. Kalaulah dia itu Ultraman, sudah lama dia ‘fire-fire’ kan penyangak-penyangak itu semua.
“Kau dengar tuh…? Ok…dengar arahan aku baik-baik. Aku nak, pagi-pagi buta esok kau mesti hantar surat letak jawatan. Aku tak tau camne kau nak buat, tapi kau mesti berhenti kerja. Ting tong aje, kata kau dapat tawaran yang lagi baik dan akan berpindah ke Amerika. Lepas aje kau letak jawatan, kau mesti terus balik rumah. Aku ulang, dari pejabat terus balik rumah. Jangan gatal-gatal nak singgah mana-mana. Nak beli roti canai kat kedai mamak pon tak boleh. Putuskan semua komunikasi. Telefon, handphone, email ke apa ke. Jangan layan lagi manusia-manusia keliling kau, tak kira lah, mak bapak ko ke, adik beradik kau ke, jiran kau ke atau achi sapu sampah sekalipon. Jangan pergi mana-mana. Duduk senyap-senyap kat rumah. Kemaskan pakaian kau. Orang-orang aku akan datang dengan Pajero hitam pada petang esok. Ikut aje apa arahan diaorang…muahahahahaha.”
Talian telefon terputus lagi. Yusof terkebil-kebil sepanjang malam. Niatnya hendak meminta bantuan polis dibatalkan. Takut dengan amaran yang diberikan. Awal pagi esoknya, dia ke pejabat dan terus memberikan surat letak jawatan. Menyinga Encik Hamdan.
“Apa…awak ingat nih syarikat bapak awak..suka-suka berhenti…?”
Yusof cuma diam. Dia tidak boleh buat apa-apa. Mahu sahaja dia menceritakan semuanya, tapi nyawa Hashim akan terancam. Sepanjang dia dimarah, dia cuma tertunduk memandang lantai. Akhirnya Encik Hamdan terdiam seketika, sebelum mula bersuara.
“Takpelah, saya tak tahu apa masalah awak. Tapi saya tahu awak nih memang berpotensi besar. Dan syarikat kita akan rugi kehilangan awak. Tapi, syarikat juga sedar yang kami tidak boleh sekat potensi awak tuh. Kalau awak rasa awak boleh lebih maju diluar sana, teruskanlah….kami tak halang…” Lembut suara Encik Hamdan.
Selepas itu dia terus pulang ke rumah. Dia berkurung di dalam rumah hingga ke petang. Pakaiannya disumbat ke dalam sebuah beg kecil.
Sebuah Pajero hitam menjalar masuk ke perkarangan apartmentnya pada sebelah petang. Ada dua orang di dalamnya. Masing-masing bertubuh besar tinggi dan berpakaian kemas. Raut wajah mereka garang. Sebaik dia melangkah masuk ke dalam perut Pajero, salah seorang daripada lelaki itu menyuruh Yusof menandatangani beberapa dokumen. Yusof hanya sempat membaca sepintas lalu. Iyelah, dalam situasi begini, dia tiada masa untuk meneliti satu persatu setiap butiran. Dia turut saja arahan mereka. Secara rasmi, dia telah menyetujui urusan penjualan rumah dan keretanya. 15 minit kemudian, dia dibawak Pajero hitam itu pergi, meninggalkan rumah, kereta dan kehidupannya buat selama-lamanya.
Bragas dan Johan sedang menunggu kehadirannya di markas Tengkorak. Mereka cuma tersenyum bila melihat Yusof. Senyuman mereka mengerikan. Tidak kena langsung dengan warna kulit mereka yang cerah dan raut wajah yang lembut. Kali pertama dalam hidup, Yusof melihat ketua penyangak yang berwajah ayu.
“Aku perlukan khidmat engkau…” Bragas membuka mulut.
Yusof terlopong. Hilang akal ke apa orang tua nih?…soalnya dalam kepala. Kalau betul mahu menggunakan perkhidmatannya, datang sahaja ke pejabat. Tak payahlah bersusah payah menculik kekasihnya dan memaksanya menjual rumah dan kereta.
“Khidmat yang aku nak mintak dari kau nih special sikit….extraordinairé sikit…” kata Bragas. Terus Johan mengambil alih sambung terangkan apa yang dimaksudkan oleh datuknya. Dia cuma berhenti bercakap hanya untuk menyalakan sebatang rokok baru lagi. Selepas tamat lima batang rokok tinggal puntung, barulah tamat penerangannya. Yusof termangu lama.
“Lepaskan Hashim dulu….”
Bragas tergelak besar. Johan pun turut tergelak sama bila dia tengok datuknya gelak. Walhal dia tak paham pun kenapa dia gelak. Yusof dibawa ke sebuah bilik yang tidak bertingkap. Bilik itu diperbuat dari konkrit. Pintu bilik itu dikawal oleh dua orang ahli Tengkorak. Dari jaring-jaring besi yang memisahkan mereka, Yusof dibiarkan melihat kekasihnya sedang tidur diatas lantai. Dia tidak diberikan selimut atau apa-apa pun untuk mengalas badannya. Hashim tidak berbaju. Hanya berseluar yang sudah comot bercapuk-capuk.
“Aku akan lepaskan dia….tapi dengan satu syarat…selepas engkau bersetuju untuk bekerja dengan aku dan selepas engkau selesaikan satu misi…”
Jantung Yusof berdegup kencang. Dia menggenggam penumbuk, bibirnya terketar-ketar menahan marah.
“Takkk….lepaskan dia sekarang….lepas tu baru aku kerja dengan engkau.”
“Wei…engkau pernah dengar perkataan ‘sabar’ tak? Aku bagi kau tempoh seminggu- take it or leave it…” Johan pulak bersuara. Mungkin dia bengang bila Yusof macam tak reti bahasa.
Yusof merenung Johan tajam. Dia teringat sesuatu. Dia kenal suara itu. Suara macam itik serati. Suara pondan kepit. Mesti si bedebah nih yang telefon aku semalam…katanya dalam hati. Tengok dari rupa pun dia dah boleh agak. Tapi dia meluat melihat Johan. Johan memandang Yusof semacam. Yusof rasa pandangan Johan itu menelanjangkan dirinya.
Hashim terjaga. Yusof terpempan. Dia terperanjat melihat muka Hashim. Bengkak bengkil. Bibirnya pecah dan berdarah. Kesian benar Yusof lihat keadaan Hashim, macam uzur sangat. Mesti teruk dibelasah oleh penculiknya. Yusof terus hilang pertimbangan. Dia tak sedar bila masa penumbuknya melayang hinggap di muka Johan. Dua orang bawahan Johan terus bertindak balas. Yusof dibelasah kembali. Mukanya sakit, seperti mahu pecah. Begitu juga perutnya. Senak. Seperti mahu termuntah. Apabila dia sudah lembik dan tidak mampu berlawan, dia dibiarkan untuk bangun sendiri, Hashim hanya mampu memanggil lemah. Hashim hanya mampu menyebut nama “Yusof” berkali-kali. Dia juga tidak sanggup melihat kekasihnya dibelasah begitu. Akhirnya, Yusof menyetujui tuntutan Bragas dan Johan.
Dia telah diberikan sebuah rumah kecil di kawasan penduduk miskin sebagai tempat tinggalnya. Tugas pertamanya bermula pada pagi berikutnya. Oleh kerana Yusof cekap, tugasan pertamanya berjalan lancar, tiada sebarang masalah. Pemindahan wang dilakukan dengan lancar. Sebenarnya tugasan pertamanya adalah sekadar ujian. Bragas mahu melihat secekap mana Yusof boleh bekerja. Dan tugasan pertama Yusof ialah melesapkan RM1 dari setiap akaun pendeposit bank diseluruh Malaysia, dan wang tersebut telah dimasukkan kedalam satu akaun sulit di bank Switzerland. Akaun Bragas. Bragas mengilai macam pontianak hilang akal bila dia melihat dia mempunyai baki US$20 juta dalam akaun banknya. Johan pun turut tumpang seronok. Iyelah, kalau datuknya mati kena heart attack sekarang, segala harta tersebut akan jadi miliknya. Dan yang paling menakjubkan, perbuatan mereka tidak dapat dikesan. Bragas yakin dengan kecekapan Yusof.
Tepat seminggu, Hashim dilepaskan. Teruk benar keadaan Hashim waktu itu. Habis hilang wajahnya yang kacak. Badannya yang tough juga sedikit kurus. Yusof terus berkejar ke lapangan terbang bersama Hashim. Itupun dikawal oleh orang-orang Bragas. Semuanya harus dilakukan dengan cepat. Sepanjang perjalanan ke airport, Yusof serahkan tiket dan passport pada Hashim. Kad kreditnya juga turut diserahkan pada Hashim. Yusof meminta Hashim tinggalkan bumi Malaysia. Kerana dia tahu, selagi Hashim terus berada disini, kehidupannya takkan aman. Hashim terdiam. Dia sendiri keliru dengan segala-galanya.
“Awak mesti ikut sekali….tolonglah….saya merayu…” Hashim merintih. Air matanya meleleh dipipi. Dia hilang segan. Dipeluknya Yusof kuat-kuat. Tapi manusia-manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing tidak mempedulikan sepasang kekasih ini. Maklumlah, ini airport. Pada mereka itu sekadar perpisahan dua orang adik beradik atau sahabat karib.
“Tak boleh sayang. Saya…saya terpaksa ikut cakap mereka…” Bisik Yusof perlahan sambil dilonggarkan pelukan Hashim. Sambil matanya menjeling kepada 2 orang Bragas yang mengikutnya. Mengawal dirinya.
“Diaorang tu jahat….saya tak nak benda-benda tak elok jadi kat awak…Kenapa awak nak kerja dengan diaorang…?”
Ah, susah. Yusof hilang kata-kata. Air mata Hashim disekanya. Tetapi air matanya sendiri menitis.
“Sayang….jangan menangis, okey,” Dia cuba menenangkan hati Hashim. “Satu hari nanti, saya akan datang cari awak balik….Percayalah…”
“Bila…bila satu hari nanti tu…?”
Yusof terdiam. Dia sendiri tidak dapat memastikan bilakah hari tersebut. Besar kemungkinan, ini adalah hari dan kali terakhir dia melihat Hashim. selepas ini dia sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada dirinya.
“Awak tipu….Awak tak kan carik saya lagi kan?? Awak tipu!!!!”
Yusof hanya tunduk membisu. Realiti yang sukar untuk dia telan, tetapi harus dia terima. Dia mengusap lembut rambut Hashim dan terus mencium dahinya. Dia berjalan cepat-cepat meninggalkan Hashim yang masih lagi termangu-mangu memandangnya. Dia tidak mahu Hashim melihatnya menangis. Teresak-esak.
Bermulalah kehidupan baru Yusof. Kerjanya bersama Bragas diteruskan. Presiden Tengkorak itu mula buat-buat baik dengan dia. Bragas cuba ambil hati Yusof. Maklumlah, hasil kerja Yusof bagus. Tengkorak dapat untung besar. ‘Rezeki gajah’ orang kata. Bragas suruh Yusof berpindah ke sebuah kondominium mewah, berserta dengan sebuah Mercedes SLK sport dan dua orang gaji. Pandai Bragas bodek. Maklumlah, ‘buah hati’ barunya. Malahan, orang-orang kanan Tengkorak belum pernah diberi tawaran sebegini bagus. Tetapi Yusof tolak. Padanya, hidup sudah tidak bermakna. Apa guna rumah besar dan kereta mewah sedangkan ‘kebebasan’ nya telah diragut. Cahaya hidupnya juga sudah hilang. Lebih baik dia tinggal sorang-sorang dan senyap-senyap di bilik kecilnya.
Masa berlalu. Sudah bertahun Yusof berkhidmat untuk organisasi Tengkorak. Yusof menjadi ketua Unit Tengkorak B2. Dia ada anak-anak buah yang bekerja dibawahnya. Yang patuh pada arahannya. Jadi, dia dah jadi orang penting sekarang. Pangkatnya dah sama dengan Johan. Dari pengalamannya bekerja juga dia mula faham kenapa Bragas melarang sebarang catatan dibuat setiap kali ada mesyuarat badan pentadbir Tengkorak itu. Semuanya perlu diingat. Dihafal dan disimpan dalam kepala otak.
Yusof akhirnya mula menghafal segala rahsia-rahsia Tengkorak. Apa sahaja yang mampu diingat, akan dia cuba ingat. Semua nombor akaun bank Bragas dan orang-orang kanannya di Switzerland juga dihafalnya. Pernah juga Yusof terfikir untuk terus pergi ke balai polis dan menyerahkan segala rahsia-rahsia itu. Habis cerita. Paling tidak pun dia akan berada bawah perlindungan dan pengawasan polis 24 jam. Tapi dia sudah masak benar dengan Tengkorak. Terutama kelicikan dan kebagusan mereka dalam menjalankan tugas. Yusof tahu, dia akan mati dalam tempoh tak sampai 24 jam sekiranya dia membocorkan rahsia organisasi kepada polis. Dia akan mati dibunuh oleh orang-orang Bragas. Organisasi Tengkorak memang bagus. Komplot jenayah terancang yang terbagus di Asia. Masakan ia boleh bertahan lama jika ia tidak bagus?
Tapi, apa yang lebih ditakutkan oleh Yusof ialah keselamatan Hashim. Orang-orang Bragas akan menjejaki Hashim hingga kehujung dunia sekalipun. Larilah kemana-mana sahaja, lambat laun pasti akan terjumpa juga. Maklumlah, dunia ini kecil aje. Habislah Hashim. Kalau mereka sanggup menyeksanya dahulu, dan berdasarkan reputasi mereka yang lepas-lepas, Yusof rasa mereka tidak teragak-agak untuk membunuh Hashim. Kalau tak ditembak, dibom, ataupun ditikam atau paling tidak pun, dibakar hidup-hidup. Hishh…ngeri Yusof memikirkannya.
Tidak. Tidak. Yusof tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku. Dia ada otak. Dia mesti lebih teliti. Segala perancangan mesti lebih rapi. Dia teringat kata Bragas, merekod maklumat sebegitu amat berbahaya. Takut nanti dijumpa oleh orang lain pulak. Tetapi Yusof takut terlupa. Kerana dia berurusan dengan banyak angka dan ‘password’ setiap hari. Terlalu banyak. Segala-galanya, urusan kewangan, dadah, bahan lucah, pelacuran dan sebagainya. Jadi, maklumat-maklumat ini disimpannya didalam sekeping disk.
Kalaulah dulu dia serahkan segala maklumat itu pada Razak. Tentu sudah selesai riwayat organisasi ini. Tapi waktu itu dia jahil. Dia tak kuasa nak campur tangan. Lagipun waktu itu dia sendiri tidak pasti yang Razak itu orang polis atau agen organisasi lain. Nanti tak pasal-pasal ketidaksetiaannya pada organisasi akan terbongkar. Namun dia tidak tahu. Rugi yang amat. Nyawa Razak pulak yang melayang percuma.
Sehingga ke hari ini, disk itu masih lagi berada dalam simpanannya. Dari sekeping sudah menjadi 3 keping. Maklumat yang terkandung didalamnya sama dengan berpuluh-puluh buah ensiklopedia. Risiko memilikinya sangat tinggi. Tetapi Yusof tidak takut langsung. Padanya, bukan sahaja Bragas yang bijak. Bukan Johan sahaja yang bijak. Konon-kononnya letakkan Jebat bawahnya, macam Yusof tak tahu, Jebat dihantar untuk mengintip segala aktivitinya. Yusof juga berotak. Akalnya panjang. Malahan, terlebih panjang.
Kalaupun Unit Tengkorak E5 menyelongkar biliknya dengan lebih teliti tadi, tentu mereka akan terjumpa tempat Yusof sorokkan disk itu. Malahan, mereka sudah sentuhnya. Cuma malang, tidak jumpa. Baguslah.
Matahari sudah mula memancar. Segar rasanya. Yusof bangun dari pembaringan. Dia selak langsir biliknya luas-luas. Membiarkan cahaya matahari masuk. Gambar Hashim berbingkai kad keras di atas meja ditolaknya ke tepi sedikit. Dia tidak mahu gambar itu terkena sinaran cahaya matahari pagi. Kerana gambar itu adalah ‘nyawa’nya. Satu-satunya kunci kebebasan yang dia miliki.
***
Jebat mematikan laptopnya. Yusof juga baru melakukan hal yang sama. Mereka kerja lewat sikit hari ini. Gara-gara mesyuarat tergempar tadi. Ada misi baru. Mereka akan cuba untuk memecah masuk bilik simpanan di tingkat 44 Menara 1 di KLCC. Jadi, tugas Yusof ialah mengkaji semua aspek sistem keselamatan bilik tersebut. Dan malam nanti, pemimpin dan orang-orang kanan Dragonfly akan datang ke markas mereka. Kali pertama orang-orang penting Dragonfly datang ke markas Tengkorak untuk berunding. Pelik.
Semenjak kes dadah bernilai RM5 juta itu jatuh ke tangan polis, kedua-dua organisasi telah berkonfrontasi. Dragonfly sudah tidak tahan. Maklumlah, rugi besar. Ketua Dragonfly bermati-matian menafikan penglibatan mereka dalam kes itu. Mereka bersumpah atas nama sami-sami besar yang mereka tidak terlibat langsung, apatah lagi cubaan membunuh Johan. Jadi, mereka cadangkan perjanjian lama diperbaharui. Konon-kononnya lebih mesra alam dan toleransi. Dan perjanjian itu akan dibuat di markas Tengkorak. Bragas setuju aje. Bukan senang nak bawak rakan sejawatnya itu datang ke markasnya sendiri. Selama ini, ahli-ahli Tengkorak aje yang bersusah payah berulang-alik ke Thailand.
Pemimpin Dragonfly datang bawak ‘ufti’. Mereka akan membawa marijuana mentah sebagai tanda persahabatan. Dengar khabarnya bernilai jutaan ringgit. Tanda mereka ikhlas dalam pakatan itu. Tanda perdamaian. Bragas terima dengan suka hati. Tapi, dalam dia bergembira, dia turut ingatkan anak-anak buahnya. Bragas arahkan seluruh unit bersedia. Maklumlah, dalam dunia perniagaan, tambahan lagi yang haram macam nih, bukannya boleh percaya sangat. Takut kebaikan yang dihulurkan ada muslihatnya. Tapi Bragas yakin, ini tempatnya. Dia tahu selok beloknya. Kalau ahli Dragonfly cuba buat perkara-perkara karut, silap besarlah. Memang mereka sengaja menempah maut.
Jebat belum lagi menjadi orang kanan Tengkorak. Cuma Yusof, ketua Unit Tengkorak B2 yang akan hadir. Tapi Jebat telah dijemput khas oleh Johan. Jebat adalah anak emas Johan. Makin terserlahlah bahawa Jebat memang budak suruhan Johan. Maka, Yusof semakin yakin dengan andaiannya.
Yusof berjalan keluar dari bangunan organisasi. Dia melangkah menuju rumah sewanya. Langkahnya dilajukan. Dia rasa tak sedap hati bila dia terasa seperti ada orang yang mengekorinya. Lantas dia toleh kebelakang, Jebat, sedang cuba untuk mengejar dia. Mahu saing berjalan sama dengannya agaknya. Ah, parah.
“Abang Yusof berjalan macam ternampak hantu….” Kata Jebat selamba. Mereka berdua jalan seiring meninggalkan bangunan markas Tengkorak. Mereka berdua cuma diam aje. Tambahan Yusof, dia langsung tidak bercakap. Sebenarnya dia cuba elakkan dari bercakap. Takut nanti semua butir percakapannya akan diadukan kepada Johan. Bila tiba disatu selekoh, Yusof terus membelok ke satu lorong. Sangkanya, Jebat akan berjalan terus atau membelok ke lorong lain. Tapi dia tersilap. Jebat terus berjalan disebelahnya.
“Engkau nak ke mana nih?…” soalnya yang mula ragu-ragu dengan Jebat.
“Balik ke bilik sayalah…alah….bilik saya bertentang dengan rumah sewa abang Yusof…Abang Yusof tak perasan ke…?”
Aiseh man….ini lagi parah. Yusof cuma tersenyum. Nampaknya terpaksalah dia layan anak muda ini. Tapi, ada sesuatu yang pelik berlaku pada Yusof. Entah kenapa, dia berasa selesa bila berada disamping anak muda ini. Senyumannya yang ikhlas, gerak lakunya yang tenang, membuatkan Yusof sentiasa relaks. Mungkin Jebat mengingatkan dia pada Hashim. Bijak juga Johan rupa-rupanya. Jebat disuruhnya tinggal berdekatan dengan Yusof sendiri. Konon-kononnya cuba buat baik. Dan lebih parah, Yusof sendiri dah terpikat pada Jebat. Tak dapat dia nak nafikan. Tapi Johan memang pandai memilih Jebat untuk mengintipnya. Entah kenapa, semacam ada aura pada Jebat, orang akan jatuh cinta dan cepat merasa selesa dan percaya pada dirinya. Tapi bila dia teringatkan yang Jebat ini anak emas Johan, segera perasaannya kembali berkecamuk. Kenyataan itu akan sentiasa terlekat dalam kepala otaknya setiap masa. Jadi dia akan jarakkan dirinya dengan Jebat.
Kalaulah tidak kerana itu, mungkin Jebat sudah menjadi anak emasnya. Mungkin kekasihnya. Perawakan Jebat memang jantan. Wajahnya sentiasa serius, tetapi sekali dia tersenyum, orang lain akan senang rapat dengannya. Macam ada magnet.
“Johan cerita pada aku kau tak nak buat tatu pada lengan kau…,” Yusof cuba berbual-bual.
Jebat cuma tersenyum.
“Engkau masih lagi ahli baru….orang bawahan aku pulak tuh…tapi Johan suruh engkau tatu lengan kau dengan lambang tengkorak siap dengan dua tulang bersilang dibelakangnya. Itu satu penghormatan. Kenapa kau tak nak..?”
“Sebab saya ahli biasa dan orang bawahan abang lah saya tak nak….saya rasa saya tak layak…” sahut Jebat perlahan. “Saya tak nak nanti orang kata yang Unit Tengkorak B2 ada dua pemimpin pulak…Cukuplah Abang Yusof seorang aje…”
Yusof terketawa kecil. Pandai betul Jebat membodeknya. Entah dari mana dia belajar. Johan???? Mungkin tidak. Karisma tersendiri agaknya.
“Habis tu….lengan kau bertatu tengkorak ajelah ye?…”
“Tak jugak…Johan berkeras nak saya jadi ahli tinggi dalam organisasi nih…selagi saya tak bersetuju, dia akan tunggu…sampai saya setuju dengan cadangan asal dia…”
Yusof terkenang akan Jebon dan Komeng. Selembik-lembik mereka pun, lengan mereka bertatu. Yusof saja yang enggan lengannya bertatu. Bukannya dia tak tahan sakit. Tapi haram. Berdosa. Jadi, sekarang Yusof ada member yang tak bertatu. Jebat.
Agaknya ini pun mungkin satu lagi helah Johan. Iyelah, biar Jebat tidak bertatu seperti Yusof. Jadi mereka ada persamaan. Lalu Yusof akan terasa seperti mereka berkongsi pegangan, dan Yusof akan lebih percaya kepada Jebat, lantas menceritakan semua rahsia kepadanya. Jika diajak kebiliknya, tentu anak muda ini takkan menolak. Maklumlah, peluang baik. Bukan selalu Yusof mengajak orang asing pulang ke biliknya. Peluang ini bolehlah digunakan oleh Jebat untuk menjenguk-jenguk persekitaran biliknya. Manalah tahu, kalau dia boleh mendapat apa-apa darinya. Yusof berhasrat mengesahkan tekaannya.
Yusof ini analitikal orangnya. Semua perkara itu tidak akan dipandang dari satu sudut sahaja. Dia akan melihatnya dari semua segi, kemudian mencari yang terbaik darinya. Agaknya, sebab itulah Yusof berbakat besar. Hingga Bragas sanggup buat apa sahaja agar dia dapat bekerja dengannya.
“Banyak masa lagi nih…jom ke bilik aku….aku nak tukar baju…lepas tu kita keluar makan….” Yusof mengajak.
Jebat mengangguk. Mereka berdua melangkah menuju rumah sewa Yusof. Rumah itu gelap. Yusof sengaja tidak membuka cermin tingkapnya atau menarik bidainya ke atas. Dia buat-buat menukar baju. Dilihatnya Jebat sedang membelek-belek gambar Hashim di atas meja sambil mengelus-elus janggutnya. Yusof terkedu sebentar. Bahaya. Dia mesti membuat sesuatu…..
“Apa yang menarik…?” Soal Yusof yang masih tidak berbaju itu kepada Jebat. Lantas dia mengambil gambar Hashim ditangan Jebat dan meletakkannya semula keatas meja. Jebat memandang Yusof. Dia pandang atas bawah. Jebat menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang melihat tubuh badan Yusof.
“Tak….gambar kawan abang nih….kacak orangnya…” jawabnya cuba menyorokkan resah.
Yusof sudah mula merasa tekaannya betul. Nampaknya Jebat sudah mula cungkil rahsia.
“Itu bukan kawan aku…kekasih aku, Hashim…aku rasa semua orang dalam organisasi ni dah tahu aku gay…lambat laun kau pun akan tahu…jadi aku bagitahu kau awal-awal…”
Jebat tidak menunjukkan sebarang reaksi. Matanya mengecil. Gelap jugak suasana dalam bilik itu. Sehingga gambar itu tidak dapat dia lihat dengan jelas. Dia memberanikan diri melangkah merapati Yusof. Terus dia genggam tangan Yusof. Yusof terdiam. Dia terperanjat hingga dia terlupa untuk bertindak. Jebat tarik tubuh Yusof merapati tubuhnya sendiri. Bibir Jebat merapati bibir Yusof. Mereka berkucupan untuk seketika. Yusof terdiam. Tidak cuba untuk menolak.
Tiba-tiba Yusof teringat akan Hashim. Tidak….aku takkan curang pada Hashim, fikirnya. Dia terus menolak Jebat kebelakang. Sah la segala tekaannya. Memang Jebat ada motif. Apa dia fikir dia boleh goda Yusof sebegitu mudah. Agaknya watak dia ialah menyamar untuk menjadi kekasih Yusof, maka, semua rahsia Yusof akan dapat diketahuinya. Belum apa-apa dia terasa pedih di belakangnya. Rasa macam digigit semut. Yusof toleh. Dia lihat ditangan Jebat ada jarum suntikan.
“Apa nih….?”
Jebat cuma diam. Dia renung ke dalam mata Yusof. Renungan mata yang redup dan ikhlas.
“Apa nih…????” tanya Yusof lagi. Dia menolak Jebat kebelakang. Dia keliru. Pandangan matanya mula berpinar-pinar. Kabur. Makin lama dia makin blur, dan akhirnya dia tak ingat apa-apa. Sebentar kemudian dia terjelepuk jatuh. Sebelum dia jatuh ke lantai, Jebat terlebih dahulu menyambutnya.
Pada lewat senja itu, kawasan perumahan miskin itu dikejutkan dengan bunyi satu letupan kuat…
***
Malam itu, sebelum pertemuan bersejarah antara orang-orang teratas Tengkorak dan Dragonfly berlangsung, semua ketua Unit Tengkorak sudah berada di markas, kecuali dua orang. Bragas tak senang duduk bila dia melihat kerusi Yusof masih lagi kosong. Tuannya tidak datang lagi. Johan gelisah pasal Jebat pun tak datang-datang lagi. Masalah besar camni. Kedua datuk dan cucu itu berpandangan.
Telefon bimbit Ashraf berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut. Warna mukanya terus berubah, daripada hitam manis kepada biru dan kemudian kepada hijau keungguan.
“Bos….ada berita tak baik bos….” Katanya cemas dan sedikit takut-takut.
Orang-orang Tengkorak terus terdiam dari perbualan mereka. Semua mata tertumpu pada Ashraf. Memandang. Menanti.
“Bilik Yusof diletupkan orang senja tadi, bos. Menurut sumber, bilik dia sengaja diletupkan….macam perbuatan terancang bos…”
Bragas menumbuk meja. Giginya terkancing sebab terlalu terperanjat. “Yusof bagaimana…?”
“Terkorban, bos. Jebat pun.”
Sidang Unit Tengkorak gempar. Terus keadaan senyap jadi bingit macam pasar. Riuh rendah tak terkata. Mengalahkan reban ayam. Bragas yang terjerit-jerit menyuruh mereka diam pun tak jalan kali ini. Semua terlalu sibuk bercakap pasal berita yang baru mereka terima itu.
“Kenapa aku baru dibagitahu hah..???”
“Ampun bos…orang-orang kita pun baru aje dapat tahu tadi bos. Mereka pergi ke rumah Yusof, tapi tak boleh nak dekat. Kawasan tu ditutup pada orang awam. Polis berkawal 24 jam kat situ bos. Mayat Yusof dengan Jebat pun dah dibawak ke HKL masa orang-orang saya sampai…bos…”
Bragas terduduk. Tersandar pada kerusi empuk presidennya. Sesak nafas. Mujurlah bateri pada jantungnya masih lagi baru. Kalau tak, bertambah sorang lagi pemimpin Tengkorak yang bertemu ajal pada hari itu. Johan terus berdiri. Mengambil alih tugas datuknya.
“Warghhhh…ini mesti kerja Dragonfly!!!!…” Tinggi suara Johan. Macam Mariah Carey. “Apa lagi…kita belasah mereka cukup-cukup….” Johan memang terbakar. Masakan tidak, Yusof dan Jebat dah mati. Dua-dua adalah lelaki yang sangat-sangat dia taste.
Johan terus menekan suis rahsia di bawah meja pengerusi. Sebentar kemudian markas Tengkorak dihidupkan dengan bunyi siren. Semua orang terus bersiap sedia. Mereka pergi ke gudang simpanan senjata yang terletak dibawah tanah. Banyak sungguh simpanan senjata mereka. Cukup untuk memulakan peperangan kecil. Semuanya dibahagi-bahagikan. Semua orang-orang Tengkorak akan mengambil bahagian. Kedatangan Dragonfly bukan untuk bersahabat, tapi untuk memerangkap. Semuanya bersemangat. Berkobar-kobar. Maklumlah, maruah mereka tercabar. Dragonfly membunuh dua orang penting mereka. Mana boleh dibiarkan. Tengkorak juga ada maruah. Mereka berazam untuk menunjukkan kenapa mereka adalah antara organisasi bawah tanah terunggul di Asia. Bacul kalau kematian Yusof dan Jebat tidak dituntut bela.
Malam itu, mereka tersenyum-senyum menyambut ketibaan rombongan orang-orang kanan Dragonfly. Presiden Dragonfly juga turut hadir. Bragas mengarahkan agar orang-orangnya menunggu hingga dadah yang dibawa oleh Dragonfly sudah diserahkan, selepas itu barulah bunuh mereka semua. Jangan dibiarkan terlepas, walaupun seorang.
Pemimpin Dragonfly langsung tidak menduga. Pada mereka, semuanya berjalan lancar. Tambahan lagi mereka tertipu dengan senyuman-senyuman plastik yang dilemparkan oleh orang-orang Tengkorak. Mereka tidak tahu yang mereka sedang masuk ke dalam perangkap bahaya. Perangkap yang dipasang oleh Bragas. Gara-gara salah sangka. Lagipun mereka tak bersenjata. Sewaktu mereka berjabat mesra dan beg yang mengandungi ganja didalamnya bertukar tangan, tiba-tiba sahaja ahli Tengkorak yang keluar entah dari mana terus mengepung mereka. Kesemuanya terpinga-pinga. Peluh merenik dan meleleh di dahi.
Belum sempat orang-orang Dragonfly membuka mulut bersuara meminta penjelasan, orang-orang Tengkorak menarik picu senjata api masing-masing. Serentak. Pelik bin ajaib. Kelonsong-kelonsong peluru bertaburan di lantai. Macam popcorn. Magazine bertukar ganti, namun tiada pula orang-orang Dragonfly yang tergolek mati. Cedera pun tidak. Walaupun pistol telah disasarkan ke arah mereka. Seorang demi seorang orang Tengkorak mula mematikan tembakan. Seketika kemudian, suasana menjadi sunyi. Ada sesuatu yang tidak kena. Mereka memandang sesama sendiri. Orang-orang Dragonfly hanya membatukan diri ditengah-tengah kepungan orang Tengkorak. Rupa-rupanya, ada orang yang sudah mengosongkan kelongsong-kelongsong peluru itu terlebih dahulu. Orang-orang kanan Tengkorak terpinga-pinga. Tambahan lagi Bragas dan Johan. Muka kedua-dua anak beranak itu berubah. Dari cerah kepada merah kemudian biru dan kemudian bertukar hijau. Pucat tak berdarah.
Secara tiba-tiba, berpuluh-puluh anggota polis datang menyerbu daripada semua arah….
***
III
“Ha.ha.ha.ha.ha...alahai...kelakarnya rupa kau...tak tahan aku tengok…nak tergelak besar siot…sebijik macam budak sekolah menengah…kalau kau buang misai kau tu, terus macam budak sekolah rendah…” Geli hati Jacky melihat ‘new-look’ Fakrul. Terlalu menggeletek hatinya, sampai dia menumbuk-numbuk meja, dan nyaris berguling-guling atas lantai. Masakan tidak, jambang macho Fakrul sudah bercukur bersih, rambut panjangnya juga sudah dipotong paras tengkuk. Pendek. Fakrul cuma tersenyum kelat.
“Siot la kau…gelakkan aku camtu…he.he.he…ok apa gaya baru aku nih…sempena penghijrahan aku ke kehidupan baru….kalau tak memang jangan harap aku nak buat stail camnih….”
“Iyelah….aku tak gelak lagi….” Tipu Jacky sengaja mahu menjaga hati sahabat karibnya, walaupun badan dia bergegar menahan ketawa dan tangan yang ditakup dimulutnya juga gagal menyorokkan wajahnya yang merah kerana tergelak. “Wah…lepas ni jadi orang awam la kau ye…tak merasa dah pegang pistol dan pakai bullet-proof jacket…” tambah Jacky lagi.
Ketawa mereka berderai. Fakrul menepuk-nepuk bahu Jacky lantas memeluk erat sahabatnya. Fakrul memang tinggi lampai. Tak macam Jacky yang spesies bonsai, jadi Jacky terpaksa menjingkitkan kakinya. Mereka berdua terlalu kontras, bagai langit dan bumi.
“Sebelum kau berangkat….aku ada berita baik untuk kau….” Jacky tiba-tiba berubah serius.
“Apa dia…?”
“Mr X akan diekstradisi kesini tidak lama lagi…dia akan naik court sama dengan Bragas, Johan dan orang-orang Tengkorak yang lain…”
Fakrul tersenyum. Akhirnya misinya mencapai kejayaan besar. Tapi tiba-tiba senyumannya mati. Sebab tiba-tiba dia teringatkan Yusof. Mesti Yusof kecewa dengan berita ini, bagaimana agaknya perasaan dia…bisik hati Fakrul.
“Dan jangan lupa lak….”
“Aku lupalah …?”
“Eh eh…dia nih…cepat sangat lupa…” Jacky tergelak sambil menumbuk bahu Fakrul yang bidang, bekas teman sejawatnya. “Aku tahu lah kau buat lawak, pura-pura tak ingat…Ingat…jangan lupa bulan Disember nih. Aku nak kau jadi pengapit di majlis perkahwinan aku nanti…Kalau tak nanti aku dan Joyce takkan maafkan kau…”
Fakrul tersenyum lagi. Sebelum mereka berpisah, Fakrul memeluk lagi tubuh Jacky erat-erat.
“Take care buddy….” Bisik Fakrul pada Jacky.
Mereka berpisah. Dia menaiki kapal terbang menuju ke kota besar London. Bersendirian. Beberapa minit selepas berada di udara, dia membuka beg sandangnya. Dia mengeluarkan gambar Yusof bersaiz 3R. Gambar itu terletak didalam bingkai kad keras dan bertutup plastik jernih. Bingkai yang dibuat oleh Yusof sendiri. Dahulu, Yusof mengubahsuai ruang di tengah-tengah bingkai itu, muat-muat untuk menyembunyikan 3 keping disk. Kreatif sungguh si Yusof.
Disk itu sudah pun diserahkan kepada pihak polis. Kerjasama yang diberikan oleh Yusof sangat-sangat memuaskan. Syarat yang diberikan ialah, jangan sampai melibatkan Hashim, dan, semua orang Tengkorak mesti meringkuk dipenjara, tidak seorang pun harus terlepas.
Selepas peristiwa letupan di kawasan perumahan miskin itu, Jebat menyorokkan Yusof di tempat perlindungan. Yusof sendiri keliru dengan apa yang berlaku, sangkanya Jebat adalah orang suruhan Johan untuk membunuhnya. Tetapi operasi itu terlalu sulit untuk diketahui oleh semua orang. Kecuali yang terlibat sahaja. Jadi, Yusof sendiri tidak diberitahu tentangnya. Iyelah, takut nanti ada apa-apa yang diluar perancangan berlaku.
Malam itu, semua orang Tengkorak dan orang penting Dragonfly ditahan. Bragas dan Johan bertumbuk dengan presiden dan naib presiden Dragonfly, kerana mereka sangka itu semua kerja sabotaj Dragonfly. Tapi mereka tidak tahu, dalang sebenarnya ialah Jebat. Kesian Johan, mesti dia tak tahu yang organisasi datuknya musnah kerana sikapnya yang terlalu cepat percaya pada orang yang baru dia kenal.
Pada tarikh yang sama, serbuan juga dibuat di markas Mr X di Australia. Semua orang gembira dengan berita tersebut. Maka lengkaplah sudah, ketiga-tiga komplot organisasi terancang bawah tanah terbesar di Asia itu akhirnya lumpuh juga. Tatkala wajah penjenayah-penjenayah disiarkan di televisyen, Yusof hampir pengsan. Terutama bila dia melihat wajah Mr X. Terperanjat benar dia. Hashim. Iya, Hashim adalah Mr X. Yusof tidak percaya. Dia tak dapat menerima kenyataan bahawa Hashim kekasihnya adalah Mr X. Atas kebenaran orang atasan, Yusof dibenarkan berbual dengan Hashim di telefon. Hashim hanya meminta maaf. Dan Yusof benar-benar kecewa.
Yusof kecewa. Selama ini dia telah diperalatkan oleh Hashim. Kehadiran Hashim dalam hidupnya rupa-rupanya telah dirancang. Sejak dari awal mereka bertemu hinggalah mereka berdua berpisah dia airport dahulu. Semuanya telah dirancang rapi dengan tujuan agar Yusof terjerat dan akhirnya akan terlibat dalam organisasi itu. Yusof rasa seperti dipermainkan. Murah dan tak berharga rasanya segala cinta dan perhatian yang telah dia berikan pada Hashim. Beberapa hari kemudian, Yusof membawa diri ke kota London. Memulakan hidup baru disana. Lagipun, dia sudah tiada sesiapa di bumi Malaysia lagi.
Fakrul kecewa dengan tindakan Yusof. Dia langsung tidak sempat hendak meluahkan perasaan hatinya terhadap Yusof. Bahawa dia sudah jatuh hati dengan Yusof sejak dari kali pertama dia melihat Yusof. Tapi oleh kerana dia sedang bertugas, segala perasaannya terpaksa dirahsiakan. Dia takut hendak berterus terang dengan Yusof. Takut nanti perbuatan terburu-burunya akan memberi risiko pada operasi itu. Takut gagal. Jadi, sepanjang operasi, dia harus berlagak normal. Walaupun hatinya melonjak-lonjak. Fakrul kecewa, sebab Yusof pergi tanpa memberitahu pada dia terlebih dahulu. Fakrul tahu mungkin Yusof sudah tidak percayakan sesiapa lagi dalam hidupnya. Tidak setelah apa yang berlaku kepadanya. Tidak selepas apa yang Hashim lakukan terhadap dirinya. Tapi, beberapa minggu kemudian, Fakrul terperanjat, apabila Yusof membuat panggilan dari London. Kali ini, Yusof yang meluahkan rasa hatinya. Fakrul gembira. Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Cintanya bersambut. Sangkanya hanya dia sahaja yang syok pada Yusof, rupa-rupanya tidak.
“Boleh tak kau temani aku di London…” ajak Yusof pendek dan berterus terang dalam perbualan telefon mereka.
Pucuk dicita ulam mendatang. Memang sebelum operasi penting ini bermula, Fakrul sudah bercadang untuk meletak jawatan. Padanya, tugasnya sebagai perisik amat berbahaya. Bila-bila masa nyawanya boleh melayang. Lantas, dia bercadang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Doktor Falsafah di London. Dia mahu menjadi pensyarah, dan menjalani kehidupan normal disamping orang yang dia sayang. Jadi, memang sesuai sangatlah tu. Yusof mempunyai karier baru di London dan dia akan menyertai Yusof di sana.
Sebelum mengakhiri bicara mereka di telefon tempoh hari, Fakrul sempat bertanya pada Yusof: “Kau sayang aku…?”
Soalan itu tidak dijawab. Fakrul tidak mendesak. Selepas peristiwa itu, dia tahu Yusof sedikit trauma. Tetapi tidak mengapa, mereka berdua akan sama-sama mengatasinya.
Gambar Hashim yang berada didalam bingkai itu dikeluarkan. Terus disisipkan gambar Yusof kedalamnya. Gambar yang dia ‘curi’ dari simpanan Yusof sewaktu dia pecah masuk kedalam rumah sewa Yusof pada malam berkenaan. Iye, memang dialah yang memecah masuk ke rumah sewa Yusof, sewaktu Yusof keluar makan dengan Johan. Dia memecah masuk rumah Yusof pada malam itu kerana hendak memasang bom. Iya, semua itu adalah separuh dari pelan operasinya.
Dan kini, gambar itu ditenungnya. Yusof memang kacak, fikirnya. Fakrul mengurut-urut dagu. Dia ingat yang rambut lurusnya sudah tidak sepanjang dulu. Rambutnya sekarang tercacak-cacak kerana telah dipotong pendek. Namun dia masih belum dapat melupakan tabiatnya. Iaitu tabiatnya yang suka mengelus-elus jambangnya dengan tangan seperti satu ketika dahulu. Kerana sekarang, jambangnya sudah tiada.
~~ TAMAT ~~
posted by Rashidi at Monday, September 29, 2003